India & Isu Pembelian Sawit Dari Malaysia

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
27,864
Reaction score
803
Points
171
Tuhan dah susun elok2 semua percaturan utk kita
Kita jalan tangungjawab kita, mereka jalan tangungjawab mereka
yup.. alasan india nak kruangkan kebergantungan kepada import,, nak perbanyakkan myk local. kita pon rasanya leh kurgkan import bawang... local kene perbanyakkan tanam bawang plak
 
Last edited:
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,399
Reaction score
1,916
Points
201
yup.. alasan india nak kruangkan kebergantungan kepada export,, nak perbanyakkan myk local. kita pon rasanya leh kurgkan export bawang... local kene perbanyakkan tanam bawang plak
export ke import bang?
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,236
Reaction score
1,245
Points
101
yup.. alasan india nak kruangkan kebergantungan kepada import,, nak perbanyakkan myk local. kita pon rasanya leh kurgkan import bawang... local kene perbanyakkan tanam bawang plak
itu hanya wayang.
permintaan dari pemain industri di india banyak.
kerana sifat prejudis yg tinggi, mereka lebih pentingkan dendam dari
keperluan rakyat mereka sendiri.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,652
Reaction score
3,217
Points
236
Kenapa Bimbang Dengan Tindakan India ?

Tindakan India memilih untuk memulaukan import minyak sawit bertapis dan minyak sawit mentah dari Malaysia sekalipun memberi kesan kepada eksport produk tersebut, ia tidak harus dipandang dari sisi negatif semata-mata.

Pemulauan itu pun ada hikmah. Ia secara tidak langsung ia membuka peluang kepada Malaysia untuk mengeksport lebih banyak bahan tersebut ke negara lain di Asia, Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah dan Afrika.

Hampir 25 peratus daripada keseluruhan eksport minyak sawit Malaysia adalah ke India. Selebihnya adalah pasaran lain seperti Pakistan, Arab Saudi, Bangladesh dan Ghana.

Pemulauan pembelian yang dilakukan India terhadap minyak sawit Malaysia sebagai membantah kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Kashmir dan undang-undang kerakyatan baharu, mewujudkan lompang yang agak luas.

Eksport komoditi itu ke India bagi Januari 2020 merosot 85 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 46,876 tan, terendah sejak 2011.

Kita mengetahui bahawa India merupakan negara terbesar membeli minyak sawit Malaysia sejak lima tahun lalu.

Justeru lompang yang ditinggalkan India ini perlu segera diisi dengan menambah eskport ke negara -negara lain.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, dalam kunjungan ke Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyatakan komiment membeli lebih banyak minyak sawit Malaysia.

Bulan lepas Pakistan mengimport 170,802 tan berbanding dengan 80,666 tan tahun sebelumnya, satu peningkatan yang signifikan.

Bangladesh juga telah meningkatkan importnya kepada 12,527 tan berbanding dengan hanya 575 tan tahun sebelumnya. Malah Rusia juga berminat untuk menambah import minyak sawait selain menerokai potensi di negara-negara lain.

Dengan senario ini, Malaysia sebagai pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, tidak harus terlalu bimbang dengan pemulauan India.

Pada masa sama, India kini bergantung sepenuhnya kepada import minyak sawit dari Indonesia untuk memenuhi keperluan negara itu.

Dengan kedudukan Indonesia ‘memonopoli’ eksport ke India, harga boleh sahaja ditentukan mengikut budi bicaranya, sekali gus melemahkan India untuk melakukan tawar menawar.

Jika Indonesia menaikkan harga minyak sawit maka kesannya akan dirasai oleh India. Mereka tiada pilihan melainkan membeli kerana tiada alternatif.

Mungkin akibat tidak dapat bertahan dengan harga yang tinggi daripada pengeksport tunggal, akhirnya India mungkin terpaksa kembali kepada Malaysia.

Pada masa sama, dengan permintaan India bertumpu kepada Indonesia, dua kemungkinan boleh berlaku.

Pertama, Indonesia tidak mampu memenuhi permintaan India sepenuhnya akibat kekakangan pengeluaran dan sebagainya.

Kedua, Indonesia juga tidak mampu mengeksport ke negara pelangganya yang lain kerana semua eksport tertumpu kepada India.

Dalam kedua-dua senario ini, ia boleh memberi kelebihan kepada Malaysia. Jika Indonesia gagal memenuhi sepenuhnya permintaan India, Malaysia berpotensi kembali menjadi pembekal utama India.

Begitu juga jika Indonesia gagal memenuhi permintaan pasaran lainnya selain India, ada harapan negara-negara tersebut akan berpaling kepada Malaysia.

Sebenarnya India menanggung risiko tidak mendapat bekalan minyak sawit mencukupi apabila memberi kuasa monopoli kepada Indonesia.

Indonesia juga menanggung risiko tidak mampu membekalkan sepenuhnya permintaan India dan pada masa sama berdepan risiko kehilangan pasaran lain.

Jika ini semua berlaku, kelebihan bakal memihak kepada Malaysia. Dengan kekurangan bekalan di pasaran, logiknya langkah terbaik ialah berpaling kepada Malaysia.

Seperti mana kata bijak pandai, apabila satu pintu tertutup ada banyak pintu lain terbuka. Pergilah ke arah pintu yang terbuka.



Artikel Penulis Bebas
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,652
Reaction score
3,217
Points
236
MCA Gesa India Beli Semula Minyak Sawit

01.03.2020 - Kuala Lumpur, Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India.

"Keadaan telah berubah di negara kami. India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia.

"Tolong biarkan perdagangan bebas dan adil semula untuk faedah bersama kedua-dua negara," kata Wee.

India menggesa pengimport negara itu memboikot minyak kelapa sawit Malaysia berikutan berlakunya ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara berikutan komen mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai Kashmir.

Wee juga sangat kritikal terhadap bekas Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok berhubung pengendalian industri minyak sawit di negara ini.

MCA mempunyai dua kerusi di Dewan Rakyat dan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baru Muhyiddin.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512761
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,174
Reaction score
387
Points
86
tak perlu tunduk dgn india...
pi mampussss dgn india
 
Sponsored Post
Top
Log in Register