India henti import minyak sawit Malaysia

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Malaysia selar nasihat WHO ketepikan minyak sawit



KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat.

Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit - minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan.

Tindak-tanduk WHO membabitkan minyak sawit sebelum ini juga telah mengundang kecaman hebat kerana membuat dakwaan tidak berasas serta tidak lengkap yang memperlekeh minyak sawit.

Daripada bertindak sewajarnya menghasilkan nasihat atau panduan mengenai pandemik yang menular dengan cepat, WHO sebaliknya mengetengahkan maklumat standard seperti memakan diet rendah lemak, elakkan gula, daging merah dan yang diperoses dan tidak mengambil hasil tenusu kaya lemak.

“Adalah jelas ia tidak banyak menumpukan isu yang ketara pada masa ini dan berkaitan langsung dengan pandemik itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Dr Kalyana Sundram dan Profesor Madya Jabatan Sains Pemakanan dan Nutrisi Wayne State University Amerika Syarikat, Dr Pramod Khosla, ketika mengulas nasihat WHO tersebut.

Menurut mereka, pandemik itu menyebabkan impak seperti pelaksanaan sekatan pergerakan, rantaian bekalan terjejas,
pendapatan isi rumah merosot, pasaran dan kedai tidak menerima bekalan sebagaimana ditetapkan, aktiviti pertanian dihentikan di kebanyakan operasi manakala akses terhadap makanan menjadi sukar.

Pandemik itu memerlukan idea pengurusan kesihatan berbeza tetapi WHO sebaliknya terus mempraktikkan hebahan pesanan ‘lapuk’ yang tiada manfaat untuk sebahagian besar individu terutamanya negara-negara yang bergelut menangani COVID-19 dan menjejaskan kehidupan seharian.

Manfaat nutrisi secara menyeluruh memerlukan pengambilan optimum makronutrien (lemak, protein dan karbohidrat selain mikronutrien (vitamin dan mineral).

Bagi COVID-19, individu yang mengalami masalah kesihatan sedia ada (penyakit jantung, diabetes, hypertensi, HIV/AIDS) dan/atau sistem imun terjejas, lebih berisiko tinggi terhadap jangkitan itu, kata mereka.

“Rantau Asia khususnya amat penting kerana ia menempatkan kedua-dua pengeluar terbesar (Malaysia dan Indonesia) dan pengguna terbesar minyak sawit (benua kecil India, China, ASEAN dan Afrika).”

Menurut mereka, walaupun impak COVID-19 terhadap pengeluaran tempatan, pengedaran dan eksport semasanya sentiasa berubah, sebarang impak semasa pandemik yang berterusan akan menyebabkan minyak sawit semakin penting dari segi fungsi serta kemampuannya.

Sehubungan itu, mempunyai sektor minyak sawit yang berdaya maju menjadi lebih penting bagi memenuhi permintaan nutrisi global pada tempoh pasca pandemik itu.

Mereka berkata, di negara maju, khususnya yang mana pengambilan kalori melebihi keperluan tubuh dan penyakit kronik menjadi isu utama kesihatan, menyaksikan fokus agensi kesihatan umum sebelum timbulnya penyakit itu adalah pengambilan lemak trans dan tepu.

Peranan negatif lemak trans adalah meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang telah terbukti dan menyaksikan pihak berkuasa kesihatan menyekat penggunaannya.

"Sumber utama lemak trans adalah minyak sayuran hidrogenasi separa yang dihasilkan secara industri. Ini diperlukan untuk menyediakan sumber lemak 'padat' yang membolehkan formulasi pelbagai makanan yang dibakar.

“Pada masa ini, label nutrisi makanan perlu menyenaraikan kandungan lemak trans dan/atau kandungan minyak sayuran hidrogenasi sebahagian yang membolehkan pengguna meminimumkan penggunaan makanan itu," kata mereka.

Walaupun terdapat bukti bahawa manfaat kesihatan Omega-3 kaya lemak, semakin banyak perbincangan menyentuh lemak Omega-6 terutamanya jika digunakan bagi tujuan menggoreng dengan minyak yang banyak dan ini termasuk minyak jagung, soya, bunga matahari dan biji sesawi.

Oleh itu, impak terhadap kesihatan jantung berkemungkinan berlaku walaupun terdapat perubahan berfaedah dalam paras kolesterol darah.

Selain itu, mereka berkata tiada satu pun sumber lemak yang tepu, mono atau politaktepu - konsep mudah dengan mengimbangi jenis-jenis lemak ini yang wujud dalam kebanyakan panduan pemakanan.

“Walaupun keperluan segera membendung COVID-19 adalah pelaksanaan langkah pelbagai wilayah untuk melandaikan lekuk (jangkitan) pandemik itu, pelbagai sektor ekonomi akan kembali berjalan secara dalam talian.

“Tumpuan itu akan beralih kepada kesihatan jangka panjang populasi global dan peranan minyak sawit memenuhi keperluan pemakanan sekali lagi menjadi tumpuan yang memerlukan usaha secara kolektif untuk menyelaras pengeluaran, pengedaran dan penghantaran. Minyak sawit Malaysia sudah bersedia bagi cabaran sedemikian!” kata mereka.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Malaysia cancels its largest palm oil conference due to coronavirus

palm-oil-2_theedgemarkets_5.jpg


KUALA LUMPUR (May 4): Malaysia has cancelled its biggest palm oil conference for the first time in 31 years after initially postponing it to June due to uncertainties surrounding the coronavirus pandemic.

The Palm and Lauric Oils Price Outlook Conference and Exhibition or POC2020, was initially scheduled for March 2-4 and typically draws thousands of industry players from more than 50 countries.

"We have made this difficult decision to cancel POC2020 out of concern for the health and safety of all our participants, as well as to adhere to the government’s advice to avoid mass gatherings," the POC2020 Secretariat said on its website.
Sponsored Content

Malaysian health authorities on Monday reported 55 new coronavirus cases, raising the total to 6,353 cases as the government eased curbs on movement after a six-week partial lockdown.

The authorities have allowed most businesses to reopen in an effort to restart the economy, but large gatherings including conferences are stil prohibited.

Sumber : the edge markets
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
COVID-19 dan sekatan pergerakan: India dijangka kembali import minyak sawit Malaysia

COVID-19 dan sekatan pergerakan: India dijangka kembali import minyak sawit Malaysia

Di India, jumlah import minyak dan lemak diunjurkan sebanyak 1.0 hingga 1.2 juta tan metrik (MT) sebulan, yang mana bahagian minyak sawit adalah pada 50 peratus. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: India kelihatannya tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia, terutamanya sekiranya situasi pandemik COVID-19 di Indonesia semakin memburuk dan negara itu mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara pada masa ini.

"Negara itu (India) dijangka meningkatkan pembelian pada bulan-bulan akan datang kerana penghantaran dilaporkan menurun," kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam laporan tinjauan suku kedua minyak sawitnya di negara-negara Asia Selatan.

Bagaimanapun, keadaan sekatan pergerakan ketika ini akan menjadi faktor penentu sama ada kuantiti import yang diperlukan boleh dicapai atau terus menambah kepada keadaan kegawatan sekarang, kata majlis itu.
Di India, jumlah import minyak dan lemak diunjurkan sebanyak 1.0 hingga 1.2 juta tan metrik (MT) sebulan, yang mana bahagian minyak sawit adalah pada 50 peratus.

MPOC berkata Saurashtra Oil Mills Association (SOMA), pertubuhan pekilang minyak kacang tanah terbesar juga menggesa kerajaan India menarik balik sekatan ke atas import minyak sawit ditapis bagi menampung kekurangan besar dalam pasaran minyak boleh dimakan domestik berikutan sekatan pergerakan.

"Ia berkata harga domestik minyak boleh dimakan di negara itu itu dijangka melonjak pada bulan-bulan akan datang sekiranya tiada kelonggaran import minyak sawit ke negara itu," kata majlis itu.

Malaysia ketika ini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian namun industri minyak sawit terus beroperasi berikutan kepentingannya kepada ekonomi negara. Sektor perladangan dibenarkan menyambung semula operasi mereka di samping kilang penapis dan pengeluar minyak masak.

Bagaimanapun, Malaysia tidak boleh berharap mencapai bahagian pasaran import minyak sawit yang sama dalam keadaan sekarang berbanding 45 peratus bahagian pasaran tahun lepas.

Unjuran bagi bahagian minyak sawit Malaysia adalah kira-kira 25 peratus, yang mana hampir dengan bahagian pasaran yang diraih pada 2018.


Pakistan

Bagi Pakistan, dijangka import minyak dan lemak akan mengekalkan momentum semasanya dan melebihi jumlah keseluruhan sebanyak 1.6 juta MT pada akhir Jun 2020.
Pakistan merupakan pengimport bersih minyak dan lemak dengan 90 peratus daripada jumlah keperluan dipenuhi oleh import. Ini adalah alasan utama import Pakistan akan mengekalkan jumlah sedia ada mereka, walaupun berlaku pandemik dan sekatan.
Pada akhir suku pertama 2020, jumlah import minyak makan di Pakistan mencatatkan kemerosotan hanya sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Dalam tempoh sama, stok tempatan di Pakistan mencatatkan penurunan sebanyak 9.5 peratus, yang mengimbangi kemasukan yang lebih rendah.
Kemasukan minyak makan turut dijangka mengukuh pada bulan Mei dan Jun untuk memanfaatkan pelepasan duti sebanyak dua peratus yang telah diumumkan oleh kerajaan Pakistan ke atas import minyak makan untuk tempoh tiga bulan, berakhir 30 Jun, 2020.
"Ia juga penting untuk mengetahui bahawa minyak sawit dan pecahan utamanya menyumbang lebih 95 peratus daripada jumlah import minyak dan lemak di Pakistan," menurut MPOC.
Bahagian pasaran MPO pada masa ini sebanyak 27 peratus dan dijangka Malaysia akan terus mengekalkan paras bahagian ini dan mencecah jumlah eksport sebanyak 450,000 MT pada akhir Jun 2020.
Ini berdasarkan andaian bahawa gangguan semasa di ladang-ladang Sabah tidak akan menjejaskan seluruh situasi bekalan dari Malaysia.


Bangladesh

Menurut majlis itu, data awal daripada sumber tempatan menunjukkan import minyak sawit bagi 1-20 April, 2020 telah menyusut kepada 88,271 MT daripada 130,746 MT untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, import minyak kacang soya mentah meningkat kepada 92,300 MT pada 1-20 April, 2020 berbanding 76,350 MT bagi tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh harga yang kompetitif.
Import minyak biji sawi/kanola pula berjumlah 19,748 MT bagi 20 hari pertama pada April 2020 berbanding sifar import yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas, katanya.
Ia meramalkan penggunaan minyak sawit akan terus terjejas kerana impak pandemik COVID-19 dijangka akan berlarutan sehingga separuh kedua 2020.
"Justeru, kita dapat melihat pengurangan import minyak sawit yang seterusnya pada suku kedua 2020. Kuantum penurunan yang lebih tinggi boleh dijangka memandangkan minyak sawit mempunyai bahagian lebih besar dalam pasaran minyak makan Bangladesh," katanya.
Berdasarkan data perisikan pasaran MPOC Dhaka, MPOC berkata penggunaan minyak sawit sepanjang Ramadan 2020 dijangka turun sebanyak 62 peratus kepada kira-kira 97,000 MT, penurunan mendadak berbanding 255,000 MT pada Ramadan 2019.
Pengurangan ini termasuklah daripada penggunaan isi rumah, industri lelemak/vanaspati (minyak sapi), industri pemprosesan makanan, hotel dan restoran termasuk rangkaian makanan segera serta penjual jalanan.


Destinasi eksport utama

Negara-negara di Asia Selatan menjadi destinasi eksport terpenting bagi minyak sawit Malaysia. Pada penghujung 2019, eksport MSM ke rantau ini mencatatkan rekod sebanyak 5.75 juta tan metrik, peningkatan 36.3 peratus berbanding angka yang dicapai pada 2018.
Lonjakan ini disumbangkan oleh pertambahan dalam eksport yang ketara ke India yang merekodkan jumlah 4.41 juta tan metrik disebabkan oleh kelebihan duti import, merangkumi hampir 77 peratus daripada jumlah eksport MSM ke rantau ini.
Senario ini telah berubah untuk suku pertama 2020. Data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan bahawa bagi tempoh Januari-Mac 2020, eksport MSM ke rantau tersebut telah menurun sebanyak 957,994 tan metrik atau 66.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.
Penyusutan dalam eksport MSM ke India telah menyumbang kepada penurunan keseluruhan dalam jumlah eksport ke rantau berkernaan. Berikutan krisis antara India dan Malaysia pada 2019, India telah mengenakan sekatan ke atas pengimportan minyak sawit yang ditapis ke India.
Sekatan ini menjejaskan eksport minyak sawit dari Malaysia ke dalam negara itu
Indonesia kemudiannya memenuhi permintaan tambahan yang datang dari India sejak awal 2020, penguasaan MSM sebaliknya mula meningkat dalam pasaran seperti Pakistan dan Bangladesh.
Import minyak sawit dari Malaysia telah meningkat disebabkan pembekal Malaysia mampu menawarkan harga yang kompetitif kepada pembeli tempatan.

Sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Pakar kongsi kaedah bagi penggiat sawit tangani impak COVID-19



KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Pakar minyak sawit Malaysia menggariskan beberapa penekanan termasuk aspek kos dan pendigitalan bagi membolehkan penggiat industri tempatan mengurangkan impak COVID-19 yang dijangka menyebabkan permintaan minyak makan dunia susut kira-kira 25 peratus.

Syarikat-syarikat terbabit digesa menguruskan kos masing-masing ketika tempoh sukar dan melaksanakan pendigitalan serta meningkatkan penjenamaan dan kemapanan.

“Kunci kelangsungan kita adalah pengurusan kos dan pada masa sama tidak mengecewakan para pelanggan. Minyak sawit adalah minyak masak terbaik dunia setakat ini dan kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk memasarkannya demi manfaat tanaman itu,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Oils Mohd Haris Mohd Arshad.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) hari ini.

Mohd Haris turut menjangkakan pemulihan penuh industri itu hanya berlaku pada suku keempat 2021 (berdasarkan hasil dapatan satu tinjauan).

Malah, katanya, industri perladangan disifatkan bernasib baik kerana masih menjana permintaan terhadap rantaian bekalan makanan global pada masa ini berbanding industri termasuk penerbangan dan pelancongan.

Malaysia juga katanya, masih dapat menjual minyak sawit walaupun pada angka lebih rendah.

“Kita perlu menguruskan jualan demi mengekalkan (aliran) tunai. Tidak dinafikan kita mahu kekal mencatat untung, tetapi pada masa sekarang aliran tunai itu jauh lebih penting,” katanya.

Seorang lagi ahli panel yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia Datuk Mohamad Nageeb Wahab berkata kerajaan perlu membantu industri perladangan dengan membenarkan lebih banyak pekerja Bangladesh berkhidmat di ladang bagi mengekalkan pengeluaran.

“Kerajaan perlu membantu kita menangani masalah kekurangan pekerja ladang dalam industri ini. Sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja Indonesia pada masa sekarang.

“Sehubungan itu, adalah diharapkan kerajaan dapat membenarkan lebih ramai pekerja Bangladesh berkhidmat (di sektor itu). Ini perlu ditangani, mungkin bukan sekarang (ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi selepas itu,” katanya.

Mohamad Nageeb berkata penting untuk negara melakukan perubahan radikal dalam norma baharu semasa dan ia termasuk menangani isu cukai yang dialami industri ini.

Beliau menyifatkan struktur cukai dalam industri tidak responsif dari segi prestasi sebaliknya berdasarkan keperluan kerajaan
“Industri ini membayar jumlah cukai kira-kira 40 peratus kepada kerajaan dan ia bukan semata-semata berasaskan keuntungan. Bayangkan apabila anda mengalami banyak kerugian namun masih perlu membayar cukai kepada kerajaan.

“Kita perlu berbincang dengan kerajaan dan menyelesaikan perkara ini. Jika tidak, ramai daripada kami, khususnya pekebun kecil akan hilang pendapatan,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan program B20, beliau berkata kerajaan mungkin perlu menghentikan sementara pelaksanaan campuran bahan api daripada 20 peratus biodiesel an 80 peratus diesel.

Indonesia telah mengumumkan bahawa B40 tidak akan dijalankan dalam tempoh yang begitu cepat malah B30 juga akan terlibat.
Permintaan terhadap minyak sawit dijangka lemah manakala pengeluaran oleh pengeluar minyak sawit terbesar dunia (Indonesia dan Malaysia) juga akan meningkat di antara lima dengan 10 peratus tahun ini berikutan kemerosotan permintaan, katanya.

Stok minyak sawit Malaysia susut daripada 1.75 juta tan pada Januari 2020 kepada 1.7 juta tan pada Februari dan Mac lepas sebelum melonjak kepada 2.0 juta tan pada April.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sumwim Global UR Unnithan berkata cabaran yang dihadapi oleh industri minyak sawit pasca COVID-19 ialah pengurangan permintaan khususnya dalam perkhidmatan hotel dan makanan yang menyumbang 30 hingga 40 peratus bagi pasaran pengguna utama seperti India, China dan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata penggunaan bahan api dalam sektor pengangkutan telah berkurangan secara menyeluruh dan turut menjejaskan permintaan terhadap biodiesel.

“Bagaimanapun dari segi peluang lain dalam industri ini selepas COVID-19, kami boleh berusaha segera untuk memenuhi norma 3MCPDE/GE ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) pada 1.25 ppm/1ppm sejajar dengan minyak sayuran lain untuk meningkatkan imej jaminan makanan,” katanya.

Unnithan turut menggesa industri untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan olein sawit dalam minyak campuran bagi penggunaan isi rumah dan membolehkan pekebun kecil berada di platform mapan sejajar dengan Agenda Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030 (UNSDG).

Jelasnya, terdapat keperluan untuk merangka semula strategi dalam mewujudkan permintaan baharu dalam deglobalisasi dengan meningkatkan penggunaan domestik dan serantau (ASEAN) bagi makanan dan bahan api.

Mengenai unjuran harga pada tahun ini, beliau berkata ia akan bergerak antara RM1,800 dan RM2,300 satu tan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Datuk Dr Kalyana Sundram selaku moderator sesi itu berkata minyak sawit bukanlah satu-satunya minyak makan yang mengalami tekanan berikutan senario (semasa) yang turut dialami oleh minyak lain seperti minyak soya, minyak biji sawi dan minyak bunga matahari.

“Kemerosotan permintaan serta harga di seluruh dunia akan menjadi satu perkara sejagat bagi kesemua minyak makan yang saling bersaing,” katanya.

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan

MUMBAI: Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lapor agensi berita Reuters, pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.

Menurut laporan, minggu lalu, pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.

“Jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah,” kata peniaga dari Singapura yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.

Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Awal tahun ini, India mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Begitupun, hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak pemerintahan baharu bermula Mac lepas, kata seorang pembeli yang telah menempah beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun nanti.

“Saya berpendapat kerajaan India akan membenarkan perkara tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja, terutama bila anda mahu membina inventori,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun, kata seorang lagi pembeli di India.

India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas.

“Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India,” kata Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai.

Sumber : astro awani
 
Sponsored Post
Top
Log in Register