India henti import minyak sawit Malaysia

CG Sponsors




SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,287
Reaction score
456
Points
46
malaysia skg di bawah PH dengan negara islam pun gaduh punca 1MDB fund 1MDB tu datang dari negara arab business 1MDB pun byk dngan negara arab.

malaysia jemput 53 negara islam yg datang 3 negara je malu woi...itu kegagalan menteri luar dan PM utk yakinkan negara islam lain utk datang sekurang-kurangnya hantar wakil ni langsung tak datang.

dengan India gaduh, dengan USA pun gaduh, dengan singapore nak gaduh, dengan china mula2 nak gaduh lepas tu slurpp...balik.

malaysia bukan harimau lagi sedar le diri. Jgn salahkan najib salahkan la PM dan menteri PH sebab tak pandai nak berpolitik dengan negara luar.

sbb tu la tak ada org nak beli minyak sawit dah....nak harap EU beli hahaha.

meeting pun dalam kondo pukul 4 pagi results dia kene tangkap polis pigi dah.

Page najib dulu sebelum PRU 14 kene maki secara berjemaah oleh RBA, cybertrooper, dll pihak yg tak suka dengan najib.

Apa najib komen dia kene maki tapi najib tak hati tisu, tak ada pulak nak saman netizen yg komen negatif.

Sepatutnya lepas PRU 14 wajib la makian secara berjemaah tu patut diteruskan tapi hilang, sebab makin lama apa yg najib post tu org malaysia boleh terima,

sebab orang dah menyampah dengan janji palsu, fitnah, yg PH dah buat. so apa yg Ph buat dulu effects dia byk negara pun tak berminat nak berdagang dengan malaysia.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,027
Reaction score
494
Points
96
vietnam kemboja kazastan turministan negara arab tak beli minyak sawit ka ?
 

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,834
Reaction score
636
Points
161
vietnam kemboja kazastan turministan negara arab tak beli minyak sawit ka ?
Diorang prefer minyak zaitun dan kacang soya. Jual kat India dan China ni market dah dekat 4 billion manusia pengguna. Sayang eh gaduh dengan 2 negara rakyat teramai ni.
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,243
Reaction score
309
Points
41
India mahu kurangkan lagi import Malaysia

kelapa-sawit-ladang


NEW DELHI – India merancang untuk mengurangkan beberapa import dari Turki dan memperluasnya kepada minyak kelapa sawit dari Malaysia, minyak dan gas dan produk-produk lain.

Turki dan Malaysia menjadi sasaran India susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir.

India merupakan pembeli minyak masak terbesar di dunia, telah berhenti mengimport minyak sawit dari Malaysia dengan meminta pengimport India untuk mencari tempat lain.

New Delhi kini sedang merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, menurut sumber kerajaan kepada Reuters.
India juga merancang mengurangkan import minyak dan produk keluli dari Turki.

“Kerajaan kami kurang senang dengan kenyataan Malaysia dan Turki dan akan menyekat perdagangan daripada kedua-dua negara,” katanya.

Majoriti Muslim di Kashmir telah dituntut oleh India dan Pakistan dan diperintah sebahagiannya oleh kedua-duanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, majoriti Hindu India “menyerang dan menduduki negara” Jammu dan Kashmir dan Turki Tayyip Erdogan mengatakan Kashmir “hampir di bawah sekatan”.

Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir tahun lalu untuk mengetatkan penguasaannya di rantau ini, menutup akses Internet dan menahan aktivis dan ahli politik.

Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan penutupan Internet di Kashmir adalah menyalahi undang-undang.

Ketegangan antara India dan Malaysia, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia, semakin meningkat selepas Dr Mahathir mengkritik undang-undang kewarganegaraan baru India yang disifatkan satu diskriminasi terhadap umat Islam.

Sementara itu, Turki memihak kepada Pakistan mengenai isu-isu seperti keanggotaan Kumpulan Pembekal Nuklear, yang menyelia eksport barangan yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear.

Turki juga menentang penyenaraian hitam Pakistan oleh pengawas kewangan dunia, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan, untuk membendung pembiayaan yang dikatakan keganasan, sesuatu yang dilobi India.
Data perdagangan India menunjukkan bahawa keseluruhan import dari kedua-dua Malaysia dan Turki telah pun terjejas tahun lepas.

Sumber : MalaysiaGazette
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,243
Reaction score
309
Points
41
Special committee to manage palm oil windfall tax fund, says Kok


Primary Industries Minister Teresa Kok says she expects palm oil prices to be firmer in 2020 despite challenges in some of Malaysia’s major markets.

KUALA LUMPUR: Primary Industries Minister Teresa Kok says a special committee will be set up to manage the palm oil windfall tax fund which will include captains of industry.

In her speech at the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2020, Kok said the finance ministry had agreed that her ministry would oversee the management of the fund so that the tax revenue could be channelled back to the industry.

The fund will be known as the “Biodiesel Stabilisation and Palm Oil Development Fund”.

The inclusion of captains of industry and representatives from the finance ministry in the special committee, Kok said, will ensure the fund is managed transparently and that the committee can find the best ways to utilise the fund.

“At least half of this fund should be used to stabilise biodiesel (prices),” Kok said, adding that if palm oil prices were good then the fund could amount to around RM200 million.

Previously, Kok said she was discussing with Finance Minister Lim Guan Eng on the setting up of a biodiesel stabilisation fund.

The fund would be financed by the 3% windfall tax imposed on producers once palm oil prices hit RM2,500 per metric tonne.

In her speech, Kok said she expected palm oil prices to be firmer in 2020 despite challenges in some of Malaysia’s major markets, such as India’s move to restrict the import of refined oil.

“Despite these developments, the ministry will continuously engage these markets, including through diplomatic channels, to seek amicable solutions to restore market confidence and to further strengthen existing and potential markets.”

She cited the example of Kazakhstan and Uzbekistan which have steadily increased their imports of Malaysian palm products.

“Apart from widening market access, Malaysian investors are also encouraged to explore the opportunity for investment in both upstream and downstream sectors in the region.”

Other significant potential markets, she said, include Nigeria, South Africa, Mozambique, Tanzania, Kenya, Ghana and Djibouti.

“Middle East countries such as Saudi Arabia, United Arab Emirates, Yemen and Afghanistan are also important markets with growth potentials for the Malaysian palm oil.”

These countries, she said, have big populations but produce inadequate domestic oils and fats.

Kok added that the government would intensify efforts to promote Malaysian palm oil through trade missions and seminars, among others.

Sumber : Free Malaysia Today
 

kifli

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
696
Reaction score
8
Points
15
sy syokk..layan2 filem dari india....tamil...telegu..Malayam...hindi...mostly cerita dia org ni..especially tamil..telegu.. mengenai masyarakat di sana...yg berkali kali hebatnya movie dia org wpun kisah kehidupan...........berbalik pd cerita Hindi...dia org lebih menggambarkan penganas tu selalu nya org Muslim.....kalau tentera mesti bertugas di sepadan........dia org ni mcm pandang rendah ngn Pakistan...gov india bukan main bagus sgt, itu kalau bab kenegaraan....tapi klu bab rasuah....aduhai.....ce korang tgk cerita tamil...best...at least kita leh tau masyarakat dia org mcm mana.......ada pro and kontra, satu lagi dia org suka ugut2 & ckp besar...tapi tak tau lah tu realiti dia org ke tak.. Dia org memerlukan minyak masak sawit...jadi negara pengeluar..Malaysia ngn indonesia...klu tak Malaysia...rezeki Indon la.....cuma minyak masak kita lagi berkualiti ...nak tukar pd minyak lain?...kualiti tak sama..kesedapan tak sama....
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,243
Reaction score
309
Points
41
Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered

Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia -  Standard Chartered


KUALA LUMPUR: Jumlah kuantiti eksport minyak sawit bertapis Malaysia ke India adalah kecil iaitu dianggarkan sekitar AS$300 juta setahun.

Sehubungan itu, sebarang tindakan seperti sekatan dikenakan pengimport minyak sawit India bagi pembelian komoditi Malaysia itu sebaliknya hanya memberi impak minimum kepada negara ini, demikian menurut Standard Chartered.

"Pada akhirnya, India yang perlu membelinya daripada sumber lain dan sekiranya sekatan itu dikuatkuasakan dan mereka perlu membeli pada harga lebih tinggi," kata Ketua Pakar Ekonomi dan Penyelidikan ASEAN/Asia Selatan Standard Chartered, Edward Lee kepada pemberita pada satu taklimat penyelidikan di sini, hari ini.

Malah, beliau berkata secara amnya perkembangan itu akan hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).

"Ia turut memberi sokongan kepada eksport Malaysia dan juga akaun semasanya," katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Perdagangan dan Industri India telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa import minyak sawit bertapis telah dipinda daripada 'bebas' kepada 'terhad.'

Namun, Menteri Industri Utama Teresa Kok pada Isnin telah menafikan laporan mengenai sekatan ke atas minyak sawit Malaysia.

"Mana ada boikot? Mereka cuma minta kita (Malaysia) lebihkan eksport MSM ke sana dan kurangkan eksport minyak bertapis," kata Kok pada satu sesi taklimat bersama penanam sawit Selangor.


Sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,243
Reaction score
309
Points
41
Sekatan India terhadap import RBD: kementerian cari penyelesaian diplomatik



KUALA LUMPUR, 16 Jan -- Kementerian Industri Utama sedang mencari penyelesaian secara diplomatik berikutan langkah India mengehadkan import minyak sawit bertapis dari Malaysia.

Menteri berkenaan Teresa Kok Suh Sim berkata kementerian itu akan terus menjalin hubungan dengan pembeli minyak sawit terbesar dunia itu untuk mencari penyelesaian secara baik berhubung isu berkenaan.

“Adalah penting untuk membabitkan mereka menerusi saluran diplomatik dengan pihak berkepentingan dan pemain industri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Unjuran dan Kajian Semula Ekonomi dan Unjuran Minyak Sawit 2020 di sini hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan India dilapor mengenakan sekatan terhadap import minyak sawit bertapis atas alasan bagi melindungi pengusaha kilang penapis tempatan.

Langkah sekatan terhadap Olein Sawit (OPOL) Ditapis, Diluntur dan Dinyahbau (RBD) diumumkan menerusi satu kenyataan oleh Kementerian Perdagangan negara itu.

Pada 13 Jan, Kok menafikan wujudnya usaha pihak di India untuk memboikot minyak sawit keluaran Malaysia.

Sebaliknya kata beliau, menerusi beberapa perbincangan dilakukan, pembeli minyak sawit di negara berkenaan mahu Kerajaan Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit mentah (MSM) dan mengurangkan pengeksportan bekalan berkenaan yang telah diproses.

Terdahulu dalam ucapannya Kok berkata kementerian itu akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menguruskan akaun amanah yang dinamakan ‘dana penstabilan biodiesel’ bagi cukai cukai keuntungan luar biasa MSM.

“Pihak yang lain seperti pemain industri dan industri minyak sawit akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada komuniti itu selain wakil Kementerian Kewangan untuk menguruskan Levi secara telus,” kata menteri berkenaan.

Pada 7 Jan, Kok berkata sekurang-kurangnya 50 peratus daripada cukai keuntungan luar biasa MSM akan disalurkan kepada tabung penstabilan biobahan api, yang dijangka ditubuhkan dalam suku pertama tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kok berkata sebanyak 3.68 juta hektar atau 62.91 peratus daripada 5.85 juta hektar kawasan penanaman sawit telah mencapai standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga 15 Jan, 2020.

Sebanyak 345 kilang minyak sawit atau 75.60 peratus telah memperoleh sijil MSPO.

“Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen penanam sawit yang memiliki 100 ekar atau 40.46 hektar ke atas serta kilang sawit yang tidak mematuhi MSPO mulai 1 Jan, 2020,” katanya.

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,243
Reaction score
309
Points
41
India cadang sekat import pelbagai produk Malaysia selepas minyak sawit



NEW DELHI: India merancang memperluaskan penurunan import kepada produk minyak, gas dan produk lain dari Malaysia dan Turki selepas minyak sawit, kata pegawai kerajaan negara itu.

Langkah itu mensasarkan kedua-dua negara yang mana penduduknya majoriti Islam susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir .

India, antara pengimport minyak makanan terbesar dunia, sebelum ini bertindak menghentikan pesanan minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain.

New Delhi kini merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, kata dua pegawai kerajaan negara itu yang enggan dikenali.

Kementerian Perdagangan India tidak membalas pertanyaan mengenai perkara ini yang dihantar melalui e-mel.

Kashmir, yang majoriti penduduknya beragama Islam, menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Ia juga terbahagi yang mana kedua negara itu memerintah sudah menguasai sebahagian daripadanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkata India telah "menyerang dan menduduki negara" Jammu dan Kashmir, manakala Presiden Turki, Tayyip Erdogan, mengatakan penduduk Kashmir ‘hampir disekat’.

Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir pada tahun lalu untuk mengetatkan cengkamannya di wilayah itu.

Ia juga menutup akses internet dan menahan aktivis dan ahli politik. Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan tindakan penutupan internet di Kashmir adalah tidak sah. - Reuters

Sumber : bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register