India Henti Beli Minyak Sawit Malaysia

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,526
Reaction score
2,034
Points
176
14.10.2019 - Mumbai, Pengilang India menghentikan pembelian minyak sawit Malaysia bagi penghantaran November dan Disember kerana bimbang New Delhi akan menaikkan cukai import atau menguatkuasakan langkah-langkah lain bagi mengurangkan import dari Kuala Lumpur, kata lima pedagang hari ini.

Pembelian lebih rendah oleh India, pembeli terbesar minyak sawit Malaysia setakat ini pada 2019, boleh membawa kepada inventori lebih tinggi dan memberi tekanan pada harga minyak sawit Malaysia, tetapi membantu Indonesia meningkatkan penghantaran ke India.

India sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit sebagai reaksi kepada kritikan perdana menteri Malaysia terhadap New Delhi atas tindakannya di Kashmir, kata Reuters pada Jumaat.

“Pedagang di kedua-dua belah pihak keliru. Mereka tak tahu bagaimana nak rancang penghantaran mereka,” kata Sandeep Bajoria, ketua eksekutif Sunvin Group, pengimport minyak sayuran yang berpangkalan di Mumbai.

Sebagai langkah berhati-hati, “pembeli berminat dengan penghantaran dari Indonesia bagi mengelakkan sebarang kesan duti yang lebih tinggi.”

Bagi Oktober, kebanyakan kontrak import sudah ditandatangani, kata peniaga sebuah firma perdagangan yang berpangkalan di Mumbai.

Beliau menambah import turun mulai November kerana kontrak-kontrak baru belum ditandatangani dengan penjual Malaysia.





Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2019/10/14/pengilang-india-henti-beli-minyak-sawit-malaysia-bimbang-duti-naik/
 
Update # 3
2.5 juta tan tambahan minyak sawit untuk pasaran India, China

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyaksikan Pengerusi Bohai Commodity Exchange Malaysia/ASEAN, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Pengarah Urusan Hakan Agro DMCC, Sudhakar Tomar menandatangani perjanjian kerjasama sama, di Putrajaya. NSTP/Mohd Fadli Hamzah.











PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN dengan Hakan Agro DMCC dan BOCE Global.

MoU itu berkaitan penembusan permintaan tambahan pasaran sebanyak 2.5 juta tan minyak kelapa sawit dari Malaysia ke India dan China.

Menerusi MoU berkenaan, Hakan Agro DMCC, sebuah syarikat yang menguruskan rantaian bekalan utama komoditi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai rangkaian perniagaan luas di India, memberi komitmen untuk membeli lebih sejuta tan minyak kelapa sawit untuk pasaran India.

BOCE Global dari China pula sudah memohon kuota sejumlah 1.5 juta tan minyak kelapa sawit bagi pasaran China untuk tahun depan.

Pada majlis itu, BOCE Malaysia/ASEAN diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan manakala Hakan Agro DMCC diwakili Pengarah Urusannya, Sudhakar Tomar dan BOCE Global diwakili Pengerusinya, Yan Dong Sheng.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Kok berkata menerusi MoU itu, Malaysia bakal mendapatkan penyertaan lebih besar dalam perdagangan global minyak sawit Malaysia.

“Pemeteraian ini adalah tanda Kementerian Industri Utama dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sedang memajukan kepelbagaian minyak sawit Malaysia secara agresif ke dalam pasaran baharu,” katanya.

Kok berkata, di samping tekanan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit Malaysia dan perselisihan mengenai pembelian minyak sawit dari Malaysia ke India, perkembangan pemeteraian MoU ini amat dialu-alukan.

“Selain India dan China, saya yakin Malaysia akan mencari pasaran baharu dan alternatif bagi minyak sawit dengan pertumbuhan yang disasarkan di negara ASEAN, Afrika dan Asia Barat.

“Disokong oleh kenaikan harga minyak sawit baru-baru ini, industri bersedia untuk membuktikan bahawa pelbagai isu ini tidak mengganggu. Prestasi pasaran di India bagi Disember tahun ini juga dijangka meningkat sekurang-kurangnya 80 peratus berbanding berbanding tahun lalu berdasarkan statistik import India,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata BOCE Malaysia/ASEAN berazam untuk berfungsi secara proaktif bagi memasarkan atau memudahkan proses mengeksport produk Malaysia termasuk komoditi ke China secara terus.

“Selaras aspirasi ini, BOCE Global komited menandatangani MoU secara terus dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memasarkan produk dan hasil komoditi negara untuk pasaran China dalam masa terdekat membabitkan bilangan yang besar.

“Pada minggu ini, platform perdagangan BOCE Malaysia/ASEAN mencapai rekod pertama perdagangan berjumlah RM4 bilion melalui kontrak bekalan daging ayam halal selama lima tahun,” katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/628280/25-juta-tan-tambahan-minyak-sawit-untuk-pasaran-india-china
Update # 2
Spekulasi Tidak Elok Untuk Perdagagangan

15.10.2019 - Kuala Lumpur, Pengimport utama minyak sayuran India menyifatkan spekulasi media bahawa kerajaan mungkin mengehadkan import minyak sawit Malaysia sebagai tidak elok untuk perdagangan dan mahukan pendirian rasmi yang jelas berhubung perkara itu.

Khabar angin dan dakwaan tidak berasas yang dilaporkan media memudaratkan kepentingan perniagaan pengimport dan juga pengeksport yang menyebabkan ketidakpastian dalam membuat keputusan dan rantaian bekalan, kata seorang tokoh perdagangan terkemuka kepada Bernama pada Selasa.

“Ia (spekulasi itu) menyebabkan kekeliruan. Kami mahu kerajaan menjelaskan pendiriannya secepat mungkin,” kata Sandeep Bajoria, bekas presiden Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang berpangkalan di Mumbai.

Sementara itu Presiden SEA Atul Chaturvedi berkata beliau tidak tahu sama ada kerajaan India akan mengambil langkah untuk mengehadkan import minyak sawit dari Malaysia.

“Kami tidak ada petunjuk. Kami tidak mendengar sebarang maklumat secara rasmi. Ia akan menjadi satu keputusan politik, tetapi setakat ini kami tidak mempunyai maklumat,” katanya.

Organisasi Chaturvedi mewakili industri penghancur biji minyak India.

Perniagaan menyedari akan kemudaratan yang disebabkan oleh spekulasi itu.

Bajoria berkata hubungan industri yang telah terbina sejak sekian lama mungkin menjadi tegang dan menyebabkan gangguan aliran perdagangan.

“Ia sudah pastinya menimbulkan masalah bagi kedua-dua pihak. Peniaga tidak boleh menangguhkan keputusan perniagaan mereka lebih lama kerana ketidakpastian,” katanya.

Agensi berita Reuters sebelum ini, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan melaporkan bahawa India sedang menimbang mengambil langkah-langkah perdagangan terhadap Malaysia berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini mengenai konflik di Kashmir.

Eksport minyak sawit Malaysia ke India tahun lepas bernilai US$1.65 bilion, menyumbang 18.3 peratus jumlah eksport Malaysia ke negara ini.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/495993
Update # 1
India Naikkan Bea Impor Sawit dari Malaysia
JAKARTA, SAWIT INDONESIA – Pemerintah India berencana menaikkan pajak impor produk hilir sawit dari Malaysia dari 45% menjadi 50%. Bea impor sebesar 50% ini akan berlaku mulai Oktober sampai Maret 2020.

Keputusan pemerintah India dilakukan untuk melindungi kepentingan industri pengolahan sawit di dalam negeri. Merujuk data Malaysian Palm Oil Board, terjadi lonjakan 727 persen ekspor hilir sawit Malaysia ke India sepanjang semester pertama 2019 menjadi 1,57 juta ton dibandingkan dengan periode yang sama tahun sebelumnya.

Dampak lain kenaikan bea impor adalah kalangan industri di India untuk beralih ke minyak sawit mentah. Sandeep Bajoria, Chief Executive Sunvin Group, perusahaan importir minyak nabati di Mumbai, mengatakan “impor minyak sawit olahan tidak lagi menarik. Mulai Oktober impor CPO (minyak sawit mentah) bisa naik dan produk refineri sawit akan turun.”

India mengimpor minyak sawit terutama dari Indonesia dan Malaysia. Indonesia secara tradisional mengklaim dua pertiga dari impor minyak sawit India, tetapi pada paruh pertama tahun 2019 Malaysia melampaui Indonesia sebagai pemasok terbesar ke India karena keuntungan bea cukai.
Sponsored Post

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,057
Reaction score
636
Points
191
pengimport terbesar pulak tu..makin turunla harga minyak sawit
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,526
Reaction score
2,034
Points
176
^^

"Raising the Kashmir issue at the United Nations General Assembly (UNGA), with its Prime Minister Mahathir Mohamad accusing India of "invading and occupying the country" of Jammu and Kashmir."
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,636
Reaction score
137
Points
38
boleh terjejas pendapatan peneroka ni ..

dengan mengkritik secara terus mcm ni, tindakan india adalah boleh dijangka, diharap pihak yg berkenaan dah ada plan utk counter masalah
 

azmann33

Super Active Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
9,876
Reaction score
654
Points
111
dulu minum sesudu..sekaran dah boleh minum 2 sudu..haha.
Zaman PH ni semua seba tak kena..negara lain ok je..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,059
Reaction score
1,513
Points
596
Allahuakhbar

jatuh harga minyak kelapa sawit
 
Sponsored Post
Top
Log in Register