Indeks Jenayah Di Selangor Turun

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM, 6 Jan (Bernama) -- Indeks jenayah di Selangor sepanjang tahun lepas turun 5.3 peratus berbanding tahun 2008, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar Rabu.

Beliau berkata jumlah kes jenayah turun daripada 57,704 kes pada tahun 2008 kepada 54,339 kes tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 3,365 kes.

Bagaimanapun, katanya, kes yang melibatkan pecah rumah pada siang hari mencatatkan peningkatan yang agak ketara pada tahun lepas apabila 4,634 kes dilapor berbanding 2,888 kes pada tahun 2008.

"Pola yang sama turut dilaporkan melibatkan kes rogol yang mencatat 678 kes pada tahun lepas berbanding 638 kes pada tahun 2008.

"Bagi kes pecah rumah siang hari, antara punca yang dikenalpasti ialah kecuaian mangsa yang meletakkan barangan berharga mereka, tidak mengunci pintu dan sebagainya yang boleh menarik perhatian penjenayah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Ditanya mengenai perancangan tahun ini, Khalid berkata pihaknya akan memberi tumpuan terhadap kes pecah rumah siang hari termasuk mengadakan rondaan pada waktu siang.

"Kami juga akan meningkatkan program komuniti kepolisan di setiap kawasan penempatan penduduk selain menggalakkan penyertaan persatuan penduduk bagi menangani jenayah pecah rumah," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim, yang dimuatkan dalam laman blog Anggota Parlimen Seputeh itu.

Beliau berkata penahanan lelaki berkenaan sekaligus menafikan kenyataan Teresa sebelum ini yang mendakwa polis tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan polis yang dibuatnya mengenai perkara itu.

"Kami dah tahan suspek itu pada 16 Dis lepas dan kami telah rampas komputer riba suspek di sebuah rumah di Shah Alam.

"Ketika ini komputer riba berkenaan masih dalam pemeriksaan Jabatan Forensik. Apa-apa tindakan kita tunggu laporan forensik dan ketika ini suspek terbabit dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.



-- BERNAMA
 
Sponsored Post

fizex81

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
440
Reaction score
71
Points
25
itu tanda polis dah start buat kerja, tahniah
 

xflixz

Active+ Member
Joined
May 21, 2007
Messages
2,968
Reaction score
60
Points
30
tahniah juga kepada kerajaan tempatan..hehehe..:D:D:D
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
emm.kerajaan pusat nampak x hal ni? :D
 

nina76

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
masih belum cukup bagus lg tu....smpi 57k kes setahun tu, itu br selangor saje....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register