Indahnya Syurga

CG Sponsors




rimau

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
Sudah menjadi fitrah, jiwa manusia cenderung untuk memperoleh ketenangan, kegembiraan dan kesenangan daripada benda-benda yang indah dan cantik. Namun, kecenderungan tersebut seharusnya berkembang sesuai dengan keyakinan agama serta kearifan masing-masing. Meyakini bahawa Allah s.w.t adalah pencipta segala keindahan, maka manusia beriman akan merasa amat bahagia memperoleh keindahan tersebut dan berusaha sebaik mungkin untuk mensyukuri kemahakuasaan dan kecantikan ciptaan-Nya. Kerinduan mereka akan syurga mendorong untuk menikmati kecantikan dan keindahan. Lebih-lebih lagi, dengan menekuni dan mengamati apa yang digambarkan di dalam al-Quran tentang seksaan neraka akan membantu manusia beriman mensyukuri nilai-nilai estetika, yang memberikan rasa sukacita, bahagia dan gembira pada jiwa mereka.



Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan syurga juga berperanan sebagai pembimbing bagi makhluk beriman, kerana ayat-ayat itu menghuraikan nilai-nilai estetika dan keindahan yang telah dipilih untuk mereka oleh Allah s.w.t. Inilah bentuk-bentuk kecantikan, keindahan dan estetika yang diciptakan Allah s.w.t. Lebih daripada itu, Dia sudah berjanji untuk menumpahkan rahmat kepada hamba-hamba-Nya dengan pelbagai keindahan di syurga kelak. Dalam sinar tanda-tanda inilah, maka orang yang beriman cuba menciptakan satu lingkungan suasana seperti yang digambarkan terdapat di syurga, untuk mereka nikmati sendiri di dunia ini, sehingga dengan demikian memperoleh pola hidup yang ditandai dengan melimpahnya keindahan.



Keindahan



Salah satu anugerah Allah s.w.t kepada orang beriman di dunia ini adalah barang-barang perhiasan. Allah s.w.t menciptakan emas dan perak untuk dijadikan perhiasan – mutiara, pakaian indah bernilai, dan banyak benda lainnya yang disebutkan di dalam al-Quran, semuanya untuk menghibur dan menyenangkan hati manusia. Keindahan yang akan Allah s.w.t anugerahkan di syurga kepada hamba-hamba-Nya yang sesungguh-sungguhnya tulus ikhlas digambarkan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus (yang bertekat), serta mereka dihiasai dengan gelang-gelang daripada perak, dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.” (Al-Insaan: 21)



Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menekankan perhatian kita pada nilai keindahan sutera dan tenunannya. Sebagaimana ayat yang disebutkan itu, perhiasan perak adalah salah satu bentuk ‘kegembiraan’ yang Allah s.w.t ciptakan untuk umat manusia. Gelang-gelang perak banyak disebutkan pada ayat-ayat lain. Terdapat ayat lain menjelaskan keindahan kalung emas dan mutiara, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera.” (Al-Hajj: 23)



Allah s.w.t ‘mengibaratkan’ bahawa mutiara adalah barang hiasan terkenal yang akan dianugerahkan kepada orang-orang yang beriman penghuni syurga, sebagai pahala. Imbalan untuk semua keindahan itu, kepada manusia hanya dituntut sikap mensyukuri kepada Allah s.w.t dan hidup di dunia menurut perintah-perintah-Nya dan menjauhi apa jua larangan-Nya.



Mereka yang mematuhinya akan dianugerahi syurga dan akan menerima berkah dan keindahan-keindahan tidak terbatas untuk selama-lamanya. Kalau tidak, mereka dibolehkan memanfaatkan untuk sementara segala sesuatu yang tersedia di bumi, yang tidak satu pun daripadanya bakal menolong mereka pada hari perhitungan, ketika semua manusia perlu menghitung semua perbuatan mereka selama berada di dunia ini. Di akhir penghitungan, mereka akan disumbatkan ke dalam neraka, tempat penyeksaan abadi dan tidak tertanggungkan pedihnya.



Allah s.w.t telah menciptakan manusia dalam bentuk terindah, juga memberikan ilham kepada mereka agar menikmati kesenangan daripada pelbagai bentuk kecantikan dan keindahan. Di antara semua makhluk ciptaan-Nya, hanya manusia saja yang mendapat iradah mengenal konsep ‘kecantikan dan keindahan’. Manusia tidak saja menikmati barang-barang cantik dan indah, tetapi juga berusaha menciptanya.



Melalui sejumlah tanda di dalam al-Quran, Allah s.w.t memberikan penghargaan kepada estetika, kecantikan, dan keindahan, dan memberikan dorongan kepada hamba-hamba-Nya untuk menikmati segala-galanya itu. Di dalam al-Quran, Dia menyatakan akan anugerah-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.” (Al-A’raaf: 32)



Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat tersebut, semua kecantikan dan apa sahaja berupa barang perhiasan yang mendatangkan rasa bahagia di dunia disediakan untuk manusia beriman yang mampu mensyukuri nikmat itu. Sebaliknya, pada hari kemudian, banyak benda lainnya yang tidak terbandingkan indah dan megahnya akan khusus menjadi milik mereka. Setiap keindahan adalah ‘karya seni’ milik Allah s.w.t semata-mata, pencipta segala sesuatu. Oleh hal yang demikian itu, semua keindahan menakjubkan orang-orang yang beriman, dan orang beriman akan mensyukuri anugerah Allah s.w.t itu, dan semakin bertambah dekat kepada-Nya. Beberapa perincian berkaitan dengan kehidupan Nabi Sulaiman a.s mengungkap beberapa isyarat tentang perkara tersebut.



Di dalam ayat berikut, Nabi Sulaiman a.s menjelaskan mengapa baginda menyukai kekayaan, kekuasaan, dan kemuliaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: “Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam.” (Saad: 32)
 
Sponsored Post

rimau

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
Seperti diperjelaskan dalam ayat tersebut, harta yang dimiliki, kemuliaan, dan kekayaan, yang semuanya mungkin menjadi ‘pengiring’ orang kafir dan orang tidak beriman kepada kesesatan, hanya diperuntukkan kepada orang yang beriman agar mensyukuri nikmat Allah s.w.t dan memperoleh hidayah-Nya. Semua hasil karya seni yang dicipta untuk Nabi Sulaiman a.s menunjukkan keinginannya yang tinggi terhadap seni. Haekal Sulaiman (The Temple of Solomon), yang hanya satu dindingnya yang masih tersisa hingga ke hari ini di Baitulmaqdis, dahulunya adalah sebuah istana megah yang disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil), al-Quran, serta banyak dokumen sejarah dan catatan-catatan.



Sebagaimana yang dikisahkan di dalam al-Quran, tatkala Ratu Saba masuk ke dalam istana itu, dia menyangka lantai istana itu adalah sebuah kolam besar. Dia tidak menyedari bahawa lantai itu berlapiskan kaca. Setelah dia mengetahui akan keagungan istana tersebut, dia ‘tunduk’ pada keindahan dan ketakjuban karya seni, dan ketinggian ilmu Nabi Sulaiman serta menyatakan diri masuk ke dalam naungan agama yang sebenar-benarnya (Islam). Kisah riwayat Nabi Sulaiman a.s itu merupakan salah satu contoh yang amat berbekas di hati orang beriman kerana ia mengungkapkan kemampuan artistik dan estetika umat Islam. Dalam abad sebelum ini, kita juga dapat menyaksikan peninggalan daripada pemahaman makna seni yang amat briliant, terutama yang dicipta oleh kekhalifahan Uthmaniah. Faktor paling penting di sebalik tingginya nilai seni kekhalifahan Uthmaniah adalah ilham yang diperoleh daripada al-Quran dan penerapan tanda-tanda tersurat tentang seni yang tersirat di dalam Kitab Suci ini.



Al-Quran menyediakan banyak perincian dan contoh mengenai dekorasi dan memberikan banyak petunjuk tentang tata rias. Semuanya tersedia, hingga bagaimana memilih tempat di mana seharusnya sebuah dekorasi dalaman harus diletakkan. Ayat-ayat yang menjelaskan wujud syurga merujuk pada tanda-tanda seperti itu dan sebagai tambahan juga memaparkan perhitungan terperinci berkenaan dengan lingkungan, untuk membimbing manusia agar mereka memperoleh tempat-tempat bermukim paling membahagiakan di hamparan dunia ini. Beberapa unsur dekorasi yang tertera di dalam al-Quran berbunyi seperti berikut (yang bermaksud):



1. Bumbung yang tinggi



“Dan demi Baitul Makmur, dan demi bumbung yang tinggi.” (At-Thuur: 4-5)



Dalam keadaan lapang dan luas, tempat-tempat dengan bumbung yang tinggi memberikan rasa selesa dan nyaman kepada kalbu manusia. Platform dengan rekabentuk demikian juga indah pada pandangan mata. Bumbung yang rendah, sebaliknya, menimbulkan ketidakselesaan. Bahawa inilah salah satu bentuk seksaan neraka yang membuatkan kita lebih memahami tentang kesengsaraan yang harus dirasakan penghuni neraka kelak. Gambaran Allah s.w.t ini, bahawa neraka beratap atau berbumbung rendah, penuh sesak, dan terkurung, hendaklah dapat meyakinkan kita agar tidak memilih tempat seperti itu di alam dunia ini untuk permukiman kita.



2. Loteng dan tangga-tangga perak



“Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (daripada perak juga). (Az-Zukhruf: 33)



Elemen-elemen dekoratif lainnya yang disebut di dalam al-Quran adalah loteng-loteng perak dan tangga-tangga tinggi yang diperbuat daripada perak. Allah s.w.t menganugerahkan semua keindahan ini kepada manusia. Bagaimanapun, Dia juga mengingatkan kita bahawa kemegahan-kemegahan ini sesungguhnya perangkap kehidupan di dunia ini dan bahawa rumah kita yang abadi adalah pada hari kemudian.



3. Pintu-Pintu



“Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (daripada perak juga). Serta berbagai-bagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khusus bagi orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 34-35)



Maksud ayat tersebut menarik perhatian kita pada nilai estetika dan seni daripada tanda pintu-pintu dan unsur-unsur perhiasan: ‘pintu-pintu rumah-rumah mereka.’ Di luar penggunaan secara fungsional, pintu-pintu, yang mungkin dari emas, perak, atau kayu berukir, ataupun dipercantikkan dengan kaca, mungkin dapat dijadikan sebagai benda-benda hiasan di pintu gerbang rumah ataupun pada sebahagian-sebahagian dalam rumah. Sesungguhnya, seni bina dan dekorasi Uthmaniah banyak mengembangkan pola ini, dengan ciptaan pelbagai reka bentuk pada pintu gerbang, istana, rumah rehat dan rumah-rumah persendirian.
 

rimau

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
sambungan...

4. Tiang-tiang tinggi



“Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?” (Al-Fajr: 7-8)



Sebagaimana yang dikisahkan di dalam al-Quran, Iram, ibu kota golongan Aad, amatlah cantik dan indah bangunannya daripada keagungan seni binanya, terutama yang dimunculkan daripada binaan tiang-tiang besar tinggi menjulang.



5. Kerusi-kerusi bertatahkan permata



Al-Quran kerap menyebut kerusi-kerusi, menghuraikannya sebagai anugerah Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya yang Dia senangi sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). Serta hamparan-hamparan yang terbentang.” (Al-Ghaasyiyah 13-16)



Kerusi-kerusi yang cantik dan indah buatannya adalah tempat duduk yang amat disenangi manusia, sebagaimana firman-Nya lagi yang bermaksud: “(Mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.” (Al-Waaqi’ah: 15-16)



Rasa terhibur yang diperoleh daripada ‘tanda’ kerusi-kerusi secara khusus diterterakan di dalam ayat-ayat berikut (yang bermaksud):



“Mereka berehat di dalam syurga sambil berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak Nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan juga tidak merasai suasana yang terlampau sejuk.” (Al-Insaan: 13)



“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Yaasin: 55-56)



“Iaitu beberapa buah syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka. (Mereka akan bersuka ria) di dalam syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai-bagai jenisnya dan rasa kelazatannya.” (Saad: 50-51)



“Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.” (At-Thuur: 20)



6. Kerusi-kerusi tinggi dan tempat tidur berhias sutera



“Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.” (Al-Waaqi’ah: 34)



Kerusi-kerusi dan tempat-tempat tidur yang ditinggikan, elemen-elemen dekoratif di dalam syurga memberikan pemandangan lebih luas dibandingkan dengan yang rendah-rendah. Dan pada akhirnya memberikan kelegaan, “Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - daripada sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahmaan: 54-55)



7. Bantal-bantal hijau



“Penghuni syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahmaan: 76-77)



Bantal-bantal adalah keindahan lain yang disebutkan di dalam al-Quran. Di samping bantal, ayat ini juga menunjukkan makna hijau, warna lambang perdamaian.



“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala daripada emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): “Inilah syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.” (Az-Zukhruf: 71-72)



Allah s.w.t menegaskan kepada kita bahawa barang-barang ‘pecah-belah’ atau terbuang di syurga juga mempunyai nilai artistik dan estetika tinggi. Sebagaimana ayat itu mengatakan lebih lanjut, barang-barang ini merupakan anugerah ‘dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata.’



8. Bejana-bejana perak dan piala kristal



Di samping piring emas, kita juga digambarkan bahawa piala-piala daripada perak dan kristal juga disediakan di syurga. Ayat tentang perkara ini dapat dilihat daripada firman-Nya yang bermaksud: “Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bejana daripada perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya). (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) daripada perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.” (Al-Insaan: 15-16)



Mereka yang hidup mengikut prinsip-prinsip Islam akan diberikan ganjaran pahala berupa hidup kekal di dalam syurga dan dengan bermacam-macam anugerah yang bakal menyenangkan jiwa mereka. Sesungguhnya, orang beriman akan menghuni rumah-rumah rehat dengan taman-taman dan dekorasi hiasan yang belum pernah ada di dunia, dan akan dihidangkan minuman-minuman yang lazat di dalam cangkir-cangkir emas; minuman-minuman itu diambil dari sungai yang mengalir di bawah istana-istana mereka di dalam syurga, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Diedarkan kepada mereka piala yang berisi khamar (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya.” (As-Shaaffaat: 44-45)



Segala yang disediakan di dalam syurga tentunya tidak boleh dibandingkan dengan apa yang tersedia di dunia ini. Namun, Allah s.w.t menyediakan untuk hamba-hamba-Nya pelbagai kesukaan dan kegembiraan mereka di dunia ini yang dapat menggambarkan sedikit sebanyak secara perbandingan dan kias ibarat tentang apa yang ada di syurga. Sebagai imbalan untuk anugerah-anugerah ini, orang beriman hendaknya bersyukur dan menikmati semua itu, dan berterima kasih kepada Allah s.w.t.
 

rimau

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
saya ada baca buku tu...penghuni syurga tu akan dihadiahkan bidadari dimana bidadari ni ditempatkan dlm kubah ...setiap kubah ada 70 permaidani ...setiap permaidani tu ada standby sorang bidadari...kiranya selesai yg ni ..on pulak dgn yg lain ...ada 70 org...setiap bidadari tu cantiknya mcm ketua bidadari tu..:D


p/s tapi dlm buku tu kata ...bila klimak tu kita tak keluar air mani...:-?
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
perghhh...

x layak hambaMu nie masuk syurgaMu ya Allah....:(...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
semoga Allah meletakkan diriku ke dalam golongan yang sedikit...
 

Kamarul-Baharain

Fun Poster
Joined
May 29, 2008
Messages
584
Reaction score
1
Points
15
Syurga sendiri bersufat subjektif dan relatif
Syurga bagi seseorang, mungkin jadi neraka bagi seseorang yang lain
 

rimau

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
ketua bidadari

seperti apa yg saya baca ketua bidadari tu adalah isteri kita didunia ini. so kepada isteri isteri tu jadilah isteri solehah sekiranya ingin bersama sam suami mu di akhirat nanti :)
 

NiKubes

Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
2,298
Reaction score
4
Points
25
panjang artikel nih... lama gak nak bace
 
Sponsored Post
Top
Log in Register