BTC USD 61,130.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Impian Penarik Beca Miliki Rumah Tertunai

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Impian penarik beca miliki rumah tertunai

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli- September 19, 2021 @ 1:04pm
[email protected]

rumah_beca2_1632028551.jpg


Mohd Nasir Jusoh, 62, bersama isterinya, Che Ku Zaiton Che Ku Jalil, 49, dan dua anaknya, Nur Husna Hasana, 15, dan Mohd Safiuddin,12,di hadapan rumah mereka pada majlis Serahan Rumah Baiti Saadati di Kampung Rawai, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/ Ahmad Rabiul Zulkifli


KUALA TERENGGANU: Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang penarik beca apabila impiannya memiliki kediaman sendiri tertunai selepas terpilih menjadi penerima Rumah Baiti Saadati sumbangan kerajaan negeri.

"Saya tak pernah terfikir akan memiliki rumah sendiri maklumlah saya cuma seorang penarik beca," kata Mohd Nasir Jusoh, 62, ditemui pada majlis penyerahan Rumah Baiti Saadati di Kampung Rawai, hari ini.

Mohd Nasir bersama isterinya, Che Ku Zaiton Che Ku Jalil, 49, dan dua anaknya, Nur Husna Hasana, 15, dan Mohd Safiuddin,12, menerima rumah bernilai RM55,000.

"Pendapatan sebagai penarik beca tidak menentu sekarang, nak dapatkan RM30 sehari pun sukar. Dalam keadaan itu sampai bila-bila pun saya tak mampu nak bina rumah sendiri," katanya yang menyewa rumah RM100 sebulan sejak 20 tahun lalu.

Mohd Nasir berkata, dia bersyukur apabila melihat semua ahli keluarga gembira mendiami rumah baru. Justeru, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan impiannya memiliki rumah sendiri.

"Bukan sahaja rumah malah peralatan penting dalam rumah seperti katil dan almari pakaian turut disediakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata setakat ini enam rumah sudah siap dan diserahkan. Program Rumah Baiti Saadati akan diteruskan dari masa ke semasa.

Rumah Baiti Saadati itu dibina dalam tempoh 53 hari sahaja dan membabitkan kos RM50,000 seunit rumah.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register