BTC USD 57,015.4 Gold USD 1,834.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Impak krisis ekonomi tak serius

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
IMPAK krisis ekonomi global ke atas ekonomi negara tidak begitu serius ketika ini memandangkan sektor kewangan Malaysia secara relatifnya teguh.

Ketua Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik Malaysia (ISIS), Dr Mahani Zainal Abidin, berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk memperkukuhkan ekonominya jika landskap ekonomi global semakin buruk.

“Semoga maklum balas bersepadu ekonomi utama dunia akan menangani kemelesetan ekonomi global,” katanya pada forum sarapan pagi Ketua Eksekutif mengenai Cabaran Ekonomi Global, yang dihoskan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC), di Kuala Lumpur, semalam.



Mahani berkata, China, Jepun dan Korea Selatan mempunyai peranan penting bagi merangsang pertumbuhan serantau.

“Sebagai contoh, jika (ekonomi) China perlahan, banyak implikasinya. Itu sebab mengapa mesyuarat G-20 pada 15 November ini amat kritikal,” katanya.

Mahani menambah, pelaburan (pembentukan modal tetap kasar) sebagai peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK), merosot kepada 21.8 peratus tahun lalu berbanding 30 hingga 40 peratus pada 1990.

Lebih-lebih lagi Malaysia mempunyai hutang fiskal tertinggi kepada peratusan KDNK di kalangan negara Asean dan kedudukan fiskal tidak kembali kepada lebihan selepas krisis 1998,” katanya.

“Pakej rangsangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam (kelmarin) akan memulihkan keyakinan pelabur dan awam untuk berbelanja,” katanya.

Ketua Ekonomi MARC, Nor Zahidi Alias, berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan KDNK akan menyederhana kepada 3.5 peratus pada 2009, daripada anggaran 5.4 peratus tahun ini.

Beliau berkata, ia berasaskan kepada tekanan menurun yang terus menekan prestasi makro Malaysia.

“Pergantungan langsung Malaysia kepada Amerika Syarikat sebagai destinasi eksport utama menurun sejak tahun kebelakangan ini. Namun, jumlah pendedahan jumlah yang termasuk eksport tidak langsung, terus meningkat dengan mencatatkan 32 peratus pada 2006 berbanding 25 peratus pada 2000,” katanya.

Naib Presiden Penarafan Pendapatan Tetap MARC, Wan Murezani Wan Mohamad, berkata bon Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dijangka diniagakan lebih tinggi tahun depan.

Beliau berkata, ia sejajar pembetulan dalam harga makanan dan minyak global, mengurangkan kebimbangan inflasi yang menurun di kalangan komuniti pelabur.

“Peniaga menarik balik pertaruhan mereka mengenai kadar faedah yang meningkat memandangkan landskap baru harga komuniti dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang menjadi lembap.

“Pemindahan modal kepada pekerjaan kerajaan mungkin terus berlaku susulan naik turun ekuiti yang berpanjangan,” katanya. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Ekonomi/20081105232958/Article/index_html


erm..sejauh manakah kebenaran kata2 Dr Mahani ni.. :-?:-?

hutang fiskal tu ape pulak?? betol ke tak terjejas ek??then kalau
tak dapat nk eksport,takde trade,cmne ek :-?:-?
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
pergh....

mantap tul ekonomi Malaysia nih....

cayalah....
 

bardzs

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
90
Reaction score
0
Points
6
Erm....belum berlaku semua cakap bagus2...tak terjejas....kalo fikir logik la...kenapa byk sgt skrg projek tunggu dulu...tunggu dulu...apa sudah jadi ? Adakah ekonomi kita merangsangkan .....abislah kita semua....tunggu.....kena fikir cara lainlah...pakai ekonomi ramai....ermmm....
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
Erm....belum berlaku semua cakap bagus2...tak terjejas....kalo fikir logik la...kenapa byk sgt skrg projek tunggu dulu...tunggu dulu...apa sudah jadi ? Adakah ekonomi kita merangsangkan .....abislah kita semua....tunggu.....kena fikir cara lainlah...pakai ekonomi ramai....ermmm....

entah la..ni statement utk menyedapkan hati rakyat n pelabur..
tapi pelabur pun bukan nye tak berilmu...dorang lebih tahu menilai
situasi..nak2 bile untung da semakin kurang..maklum ler pelabur ni
die dok pk untung je,bukan die kesah sangat semua tu..pakej2 ransangan tu..
die tak teransang pun #:-S
 

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
impak dia terasa oleh peniage dan org berpendapatan rendah..
org income tinggi xde la terasa sangat..
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Rakyat boleh sedikit membantu dengan membeli barangan buatan Malaysia atau pastikan barangan luar adalah pilihan terakhir....
 

KrisSMerah

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 22, 2006
Messages
8,041
Reaction score
18
Points
65
keh keh keh.

sebelom ni punya la konfiden timbalan menteri kewangan buat statemen malaysia tatak goyang dgn global krisis ni.

skrg ni dah mula tukar statemen lak ye :))
 

o_o2o_o3

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
3,979
Reaction score
144
Points
33
kali ini mungkin tidak sehebat 1997. Serangan penyangak matawang. Amalkanlah sikap berjimat cermat dari sekarang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register