Impak HIV dan Aids

CG Sponsors




Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Wanita dan kanak-kanak kini pembawa utama virus yang tiada penawar

SEMPENA sambutan Hari Aids Sedunia beberapa tahun lalu, saya dikehendaki menulis mengenai kisah wanita yang hidup dengan HIV. Pencarian saya membawa kepada pertemuan dengan Rosnah (bukan nama sebenar) yang dijangkiti HIV daripada suaminya, seorang penagih dadah.

Rosnah berasal dari utara tanah air, dikesan hidup dengan virus berkenaan ketika hamil anak kedua. Itupun kerana beliau menjalani pemeriksaan rutin kehamilan di hospital kerajaan, jika tidak, mungkin sampai sudah beliau tidak tahu virus yang tiada penawar itu berada di dalam sistem badannya.

Akui Rosnah kepada saya, ketika diberitahu dijangkiti HIV, beliau tidak memberikan sebarang reaksi terkejut mahupun takut kerana tidak tahu apa itu HIV meskipun pernah mendengar mengenainya. Namun, apabila dimaklumkan kepada keluarga yang terkejut dengan berita berkenaan, barulah beliau sedar akan kesannya.

Malang sungguh nasibnya apabila beliau dihalau keluar dari rumah oleh suami yang menyalahkannya, malah keluarga mentua juga enggan menerimanya kerana menganggap beliau seperti ‘wabak’. Nasib baik beliau masih mempunyai adik beradik tempat untuk mengadu nasib.

Pemeriksaan hospital mendapati seorang lagi anaknya, Along (juga bukan sekadar nama sebenar) tidak dijangkiti, tetapi suami yang diminta hadir untuk melakukan ujian saringan HIV enggan tampil, sebaliknya hanya menyalahkan Rosnah.

Lama kelamaan berita mengenai Rosnah yang dijangkiti HIV tersebar luas di kampung menyebabkan orang kampung mula menyisihkan keluarga kakaknya, tempat beliau menumpang teduh bersama anaknya. Simpati dengan nasib keluarga kakaknya, beliau dengan bantuan doktor yang merawatnya, berhijrah ke ibu kota dan tinggal di sebuah rumah perlindungan khusus untuk wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV.

Di situlah beliau melahirkan anak keduanya yang disahkan positif HIV. Selepas pertemuan pertama dengan Rosnah, saya pernah bertemu dengannya lagi ketika saya berkunjung k e rumah berkenaan untuk menemubual penyelia rumah perlindungan berkenaan mengenai masalah yang dihadapi penghuni khususnya kanak-kanak dengan pihak sekolah.

Ketika itu Rosnah tampak lebih bersemangat menghadapi hidup berbanding pertemuan sebelum itu. Beliau sudah bekerja bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga meskipun beliau masih menetap di rumah perlindungan itu. Katanya, wang yang sedikit itu diharap dapat membantu dua anaknya kelak apabila beliau sudah tiada di dunia.

Dua tahun lalu, saya mendapat khabar sedih apabila diberitahu Rosnah sudah kembali menemui Ilahi. Tinggallah dua anaknya yang masih kecil menumpang kasih di rumah perlindungan itu. Jika tidak silap saya, ketika itu Along baru berusia lapan atau sembilan tahun, manakala adiknya mungkin lima tahun.

Saya berkesempatan melawat Along dan adiknya di rumah berkenaan, tidak lama selepas kematian ibu mereka. Kanak-kanak malang itu yang disisihkan keluarga ibunya itu, tampak begitu menyedihkan, dan saya diberitahu adiknya saban malam menangis memanggil ibu mereka.

Berbanding adiknya yang mungkin terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku, Along dikatakan lebih terkesan dengan pemergian ibunya. Tiada sinar di matanya, malah senyuman yang dilemparkan apabila melihat pelawat tampak begitu hambar.

Baru-baru ini, saya berkesempatan melihat Along pada satu majlis sempena sambutan Aidilfitri yang meraikan kanak-kanak tidak bernasib baik. Dia tampak ceria bermain bersama rakan lain, mungkin sudah dapat melupakan kesedihan di hati.

Sebenarnya, kisah Along pernah saya tulis di halaman ini dua tahun lalu. Perjalanan hidupnya memang sudah ditentukan sebegitu, tetapi diharap kisah Along dan adiknya menjadi iktibar kepada semua pihak.

Data menunjukkan wanita dan kanak-kanak paling ramai dijangkiti HIV. Sebahagian besarnya, jangkitan berpunca daripada suami yang terbabit dalam penagihan dadah dan melakukan seks dengan pelacur atau wanita yang juga sudah dijangkiti, manakala kanak-kanak memperoleh virus berkenaan daripada ibu ketika dalam kandungan.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran sudah dilakukan mengenai kesan HIV kepada masyarakat, masih ramai yang memandang isu ini sebelah mata. Penyebaran HIV akan terus berlaku jika masyarakat sendiri khususnya mereka yang bergelar bapa tidak cuba mengubah gaya hidup. Sempena sambutan Hari Aids Sedunia pada 1 Disember ini diharap masyarakat lebih peka akan isu ini.


P/S: Biasa nyer pompuan nie cuma pembawa jer...but guys careful k, sbb most of this case korang ler penyebab nyer...:):)
Jgn gatal taw...:)):))
 
Sponsored Post

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
78
Points
120
tnx la Lynn...:):):)
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Kalau dapat statistik dr Kementerian Kesihatan.....seram wooooo...mmg tak sangka.....jumlah kenaikkan angka statistik ini disokong kerana adanya undang2 pemeriksaan HIV/Aids bag pasangan2 yg baru nk berkahwin......

 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
skang hiv boleh merebak dgn mcm2 cara...

bkn dgn sex bebas,kongsi jarum jer...

kadang2 kita tak sangka kita ada hiv..berpunca dari terluka sbb terpijak jarum suntikan penagih ke..

mintak di jauhkan...

kena cek hiv sebelum kawin...hehehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register