iswarahijau
Super Active Member
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
tulisan penarik beca, blogger pro-PAS.
selama ini Tun M je yg dituduh pengkhinat bangsa melayu dgn membuang kuasa dan immuniti raja, rupanya PAS pun terlibat sama menyokong usul tersebut di parlimen...hmm :-?
Menyirap darah saya apabila membaca laporan mStar 29/11/08 mengenai ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kongres Tahunan Nasional ke-5 parti itu. (lihat juga berita Malaysiakini 29/11/08 "Pakatan disaran luaskan kuasa raja"). Beliau dipetik sebagai berkata:
"Malah kita bersedia untuk mengembalikan kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan".
Saya marah sungguh. Sakit hati, meluat, benci! Banyak lagi yang boleh dibuat untuk memartabatkan bangsa Melayu sehingga menjadi bangsa yang bermaruah dan bukan menjadi bangsa yang paling koro dalam negara ini. Tiba-tiba, itu yang hendak dibuat oleh PKR. Saya tak sampai hati nak bertanya adakah PKR sudah hilang akal?
Cukuplah saya bertanya, adakah PKR sudah kehabisan imaginasi untuk memartabatkan bangsa Melayu?
PKR tahu atau tidak bahawa bangsa Melayu belumlah lagi menjadi pariah dalam negara ini hasil dari ilmu dan pelajaran? Kerana peluang pelajaran dan biasiswa yang disediakan pada masa dahulu, lahirlah kelas menengah Melayu. Kerana peluang pelajaran dan biasiswa yang disediakan pada masa dahulu, lahirlah segelintir Melayu yang mampu beli rumah di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain, mampu beli kereta dan boleh hidup dengan agak selesa. Dengan peluang pelajaran dan biasiswa yang disediakan pada masa dahulu itu juga, lahirlah doktor, jurutera, peguam, pensyarah malah segelintir korporat dari kalangan bangsa Melayu.
Saya dah bersembang dengan banyak pihak, PAS, Umno, PKR dan lain-lain, kesemuanya bersetuju bahawa orang Melayu agak bermaruah sedikit hari ini kerana peluang pelajaran dan biasiswa yang disediakan pada masa dahulu. Perkara itulah yang mesti diperjuangkan semula, dipertahan dan dipertingkatkan.
Bangsa Melayu tidak akan bermaruah dengan mengembalikan kekebalan puak tertentu. Jangan lah nak cakap kuasa politik yang masih bersisa di kalangan orang Melayu hari ini boleh dipertahankan dengan kekebalan puak tertentu. Pigirah! Kuasa politik Melayu hanya boleh dipertahankan dengan kekuatan 'aqidah dan kekuatan ilmu. Sepatutnya itu menjadi keutamaan kita. Hello, first thing first la!
Saya malas nak cakap banyak. Oleh kerana ada yang malas sangat nak klik link yang saya buat, saya siarkan semula sebahagian dari apa yang saya tulis sebelum ini dalam posting bertajuk "Jiwa feudal PAS":
Malaysiakini 11/9/08 melaporkan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa Umno kukuhkan institusi raja Melayu (laporan Bernama di sini). Na'uzu biLlahi min zalik! Selamatkanlah negara kami, kami dan anak cucu kami, ya Allah!
Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat dulu dah elok dah. Saya penyokong kuat tindakan Dr Mahathir menerajui Pindaan Perlembagaan yang secara tidak langsung mencincang imuniti raja-raja Melayu.
PAS pun sokong waktu itu. Saya masih ingat, Al-Marhum Ustaz Haji Yusof Rawa dan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor personally involved untuk memastikan ahli-ahli Parlimen PAS menyokong usul itu. Saya masih ingat, di waktu itulah saya diberitahu, Ustaz Yusof berkata kepada Tuan Guru Mursyidul Am kini, "Hang tau ka, Nik Aziz?! Patek tu maknanya anak anjing!"
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 11/29/2008 11:38:00 PM 10 comments Links to this post
Labels: Dr M, PKR, Raja-Raja Melayu