akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,548
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,548
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Imigresen periksa 38 warga Thailand di Rantau Panjang
Jabatan Imigresen Kelantan memeriksa warga Thailand yang menaiki van pelancong menerusi Ops Serkap petang semalam. - Foto ihsan Imigresen Kelantan
RANTAU PANJANG: Jabatan Imigresen Kelantan melaksanakan Ops Serkap di sekitar Rantau Panjang di sini, petang semalam bagi mengesan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.
Menerusi operasi membabitkan 12 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan pada jam 4 petang itu, seramai 38 warga Thailand yang menaiki tujuh van pelancong diperiksa.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (Pengurusan) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata mereka merangkumi 22 lelaki dan 16 wanita berusia 16 tahun hingga 60 tahun.
"Mereka memasuki Kelantan menggunakan perkhidmatan van pelancong.
"Semua mereka yang diperiksa dibawa ke Kompleks Imigresen Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Selepas pemeriksaan, tiada tangkapan dilakukan kerana semua mempunyai dokumen pengenalan diri sah selain tiada kesalahan lain dikesan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Nik Akhtarulhaq pada masa sama menggesa setiap majikan yang menggaji warga asing di negeri ini supaya mempunyai pas yang sah.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI," katanya.