BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau tidak sah

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,985
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,985
Reaction score
5,217
Points
486
Awards
1
2889951.jpg

SEREMBAN - Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor dengan segera.

"Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 November lepas. Pesanan bertakwa kepada ALLAH adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

"Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah," kata dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, masjid terlibat ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Turut terlibat Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Beliau berkata, isu tersebut tidak berlaku di daerah lain setakat ini. - Bernama

Sponsored Post

Teks khutbah belum dibetulkan punca solat Jumaat di 16 masjid tak sah - Mufti

SEREMBAN: Teks khutbah yang belum diperbetulkan menjadi punca solat Jumaat kariah 16 masjid di Rembau, dekat sini, ditafsirkan tidak sah, kata Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.

Beliau berkata, khatib didapati menggunakan teks yang belum diperbetulkan menyebabkan solat Jumaat pada 8 November lalu tidak sah kerana khatib tertinggal satu rukun khutbah Jumaat.

"Khatib tidak membaca pesanan bertakwa kepada Allah dalam bahasa Arab sedangkan ia rukun yang perlu dibaca dengan bahasa Arab.

"Ia hanya membabitkan beberapa buah masjid di Rembau dan tidak berlaku di daerah lain di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, kariah masjid berkenaan diminta menggantikan dengan solat Zohor.

Faudzinaim berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat kepada Pegawai Agama Islam Daerah Rembau supaya membuat pemakluman berkenaan perkara itu kepada masjid yang terbabit.

"Nasihat saya kepada jemaah masjid yang terlibat supaya menggantikan dengan solat Zohor," katanya.

Berdasarkan laman web Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ada menyatakan terdapat lima rukun khutbah Jumaat iaitu memuji Allah SWT, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, wasiat taqwa, membaca satu ayat al-Quran dan doa kepada orang beriman dalam khutbah kedua.

Khatib hendaklah menyampaikan semua rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab walaupun ia tidak difahami oleh jemaah.

Terdahulu media melaporkan solat Jumaat bagi kariah 16 masjid di Rembau, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dikatakan tertinggal satu rukun khutbah Jumaat.

Masjid terbabit ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah Batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Turut terbabit Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Setakat ini isu terbabit tidak berlaku di daerah lain.
 
Waghih2 tak jumpa khutbah yang boto agaknya tu.
 
2889951.jpg

SEREMBAN - Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor dengan segera.

"Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 November lepas. Pesanan bertakwa kepada ALLAH adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

"Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah," kata dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, masjid terlibat ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Turut terlibat Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Beliau berkata, isu tersebut tidak berlaku di daerah lain setakat ini. - Bernama

dia cek video setiap masjid ke? kalau khatib tau rukun dia akan baca tu walau tak ada dalam teks ucapan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register