BTC USD 49,134.2 Gold USD 1,778.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam rugi RM50,000 ditipu bakal menantu

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,922
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,922
Reaction score
22,061
Points
1,671
Alhamdulillah dengan kuasa viral suspek dapat ditangkap. Terbaik Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Polis Kontinjen Kelantan Dan Polis Daerah Kota Bharu

Report 14/9

Viral 2/10 jam 11am
Tangkap 2/10 jam 11pm

Tak sampai 24 jam viral dah ditangkap sebuah rumah di Pengkalan Cheap,nasib baik dekat dengan IPD Kota Bharu.

Viral setelah 19 Hari report.
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,554
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,554
Reaction score
299
Points
51

:ROFLMAO:

Tak viral - dah 19 hari report, entah bila nak boleh tangkap tak ada info.
Viral - dan2 24 jam dapat tangkap...

ko rasa?
 
SMI6

Active+ Member
Messages
3,540
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,540
Reaction score
840
Points
86
tapi kes mcm ni mcm mana nak buktikan duit yg dia amek dari imam ni secara paksa / ugutan?

Bagi dengan ikhlas hati naya pak karim
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,537
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,537
Reaction score
15,447
Points
1,906
Xde gambar?

tn macellsprvive, cuma dia pakai mask

1633505300988.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,537
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,537
Reaction score
15,447
Points
1,906
Shah Jahan dituduh memperdaya seorang imam untuk percaya dia mengendalikan perniagaan emas dan menyerahkan wang bernilai lebih RM40,000. -BeritaMkini

1633505331565.png

Padah tipu bakal pak mentua: Lelaki dipenjara, disebat 6 kali

Diterbitkan: Oct 6, 2021 3:21 PM

Gara-gara memperdaya bakal mentua sendiri kononnya dia seorang menjalankan perniagaan emas, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan, hari ini.

Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan Shah Jahan didakwa menipu Mad Rozali Botok, 65, dengan memperdayakan imam masjid itu agar percaya dia menjalankan perniagaan emas - yang sebenarnya tidak wujud - sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang bernilai RM24,200.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 9 Ogos hingga 12 Sept lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

ADS

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Intan Nor Nadhirah Ismail.

Terdahulu Yusnaliza memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap Shah Jahan susulan pengakuan tersebut, manakala pihak pembelaan merayu agar tertuduh diberi hukuman yang minimum memandangkan dia mengaku bersalah dan insaf.

Perdaya serah Proton Waja

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dan sekali sebatan bagi setiap pertuduhan. Hakim membenarkan hukuman penjara itu dijalankan serentak mulai hari ini.

Sementara itu dalam pendakwaan berasingan, Shah Jahan berdepan tujuh lagi tuduhan membabitkan kes penipuan terhadap imam terbabit dan seorang mangsa lain.

Tertuduh turut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam tertuduh didakwa menipu Mad Rozali dengan memperdaya imam itu dengan menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM16,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 28 Jun hingga 5 Sept lalu juga di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Shah Jahan juga didakwa memperdayakan Husin Md Ali yang menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Waja untuk dibaiki.

Perdakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd Amin.

Bagaimanapun Muhammad Fitri menetapkan tarikh 28 November untuk sebutan semula kes bagi tujuh pertuduhan berkenaan.

Pada 3 Okt lalu Malaysiakini melaporkan seorang imam masjid membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang lelaki hingga mengalami kerugian sehingga RM55,800 antara Jun hingga pertengahan Sept lalu.

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,922
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,922
Reaction score
22,061
Points
1,671
3 tahun 6 sebat. Lunyai2 bontot. Xguna dah ilmu pukau tu
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,922
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,922
Reaction score
22,061
Points
1,671
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Wala ilaha illah.
Allahuakbar.

Perkembangan terkini pesalah.

Terima kasih adik beradik, saudara mara , sahabat dan netizen semua.

Love u all ❤️

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,554
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,554
Reaction score
299
Points
51
Shah Jahan dituduh memperdaya seorang imam untuk percaya dia mengendalikan perniagaan emas dan menyerahkan wang bernilai lebih RM40,000. -BeritaMkini

1633505331565.png

Padah tipu bakal pak mentua: Lelaki dipenjara, disebat 6 kali
Diterbitkan: Oct 6, 2021 3:21 PM

Gara-gara memperdaya bakal mentua sendiri kononnya dia seorang menjalankan perniagaan emas, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan, hari ini.

Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan Shah Jahan didakwa menipu Mad Rozali Botok, 65, dengan memperdayakan imam masjid itu agar percaya dia menjalankan perniagaan emas - yang sebenarnya tidak wujud - sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang bernilai RM24,200.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 9 Ogos hingga 12 Sept lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

ADS

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Intan Nor Nadhirah Ismail.

Terdahulu Yusnaliza memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap Shah Jahan susulan pengakuan tersebut, manakala pihak pembelaan merayu agar tertuduh diberi hukuman yang minimum memandangkan dia mengaku bersalah dan insaf.

Perdaya serah Proton Waja

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dan sekali sebatan bagi setiap pertuduhan. Hakim membenarkan hukuman penjara itu dijalankan serentak mulai hari ini.

Sementara itu dalam pendakwaan berasingan, Shah Jahan berdepan tujuh lagi tuduhan membabitkan kes penipuan terhadap imam terbabit dan seorang mangsa lain.

Tertuduh turut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam tertuduh didakwa menipu Mad Rozali dengan memperdaya imam itu dengan menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM16,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 28 Jun hingga 5 Sept lalu juga di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Shah Jahan juga didakwa memperdayakan Husin Md Ali yang menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Waja untuk dibaiki.

Perdakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd Amin.

Bagaimanapun Muhammad Fitri menetapkan tarikh 28 November untuk sebutan semula kes bagi tujuh pertuduhan berkenaan.

Pada 3 Okt lalu Malaysiakini melaporkan seorang imam masjid membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang lelaki hingga mengalami kerugian sehingga RM55,800 antara Jun hingga pertengahan Sept lalu.

Aik, cepat pulak hukuman, bukan kes mahkamah kena makan bertahun2 ka? yang dah jatuh salah kena penjara pun pun masih bebas berlegar2 di laman social.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register