BTC USD 33,893.3 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam, Bilal, Pengerusi Masjid Meninggal: JAIJ Tunggu Laporan KKM

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,750
Reaction score
4,000
Points
236
04.05.2021 - Johor Bahru, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) sedang menunggu laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung seorang imam, bilal dan pengerusi di sebuah masjid di Taman Impian Emas, di Johor Bahru yang didakwa meninggal dunia akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata pihaknya akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu kepada umum sebaik pihaknya menerima laporan penuh itu.

“Masjid berkenaan juga dalam masa sama telah ditutup selama tujuh hari dan kini tinggal baki tiga hari sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru hari ini.

Tosrin (gambar, bawah) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian imam, bilal dan pengerusi di sebuah masjid di Taman Impian Emas yang tular di media sosial baru-baru ini kerana didakwa akibat Covid-19.

Semalam menerusi satu laporan berita, salah seorang ahli keluarga kepada imam berkenaan juga mendakwa kematian abangnya itu adalah akibat daripada jangkitan Covid-19 pada 28 April lepas.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Mainj berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Dalam majlis berkenaan, Mainj juga menerima zakat perniagaan daripada Johor Corporation iaitu sebanyak RM5.76 juta, manakala Lembaga Tabung Haji pula sebanyak RM9.25 juta.

Sementara itu, Tosrin berkata pada tahun ini Mainj memberikan zakat berjumlah RM500,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah untuk tujuan menguruskan golongan gelandangan di negeri ini manakala RM210,000 diberi kepada pertubuhan, rumah-rumah kebajikan dan sekolah pendidikan khas.

Screenshot-141.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573223
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,382
Reaction score
136
Points
43
yang katanya S/U kritikal kt ICU tu btol ke?
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,925
Reaction score
2,460
Points
201
Mana tak nya
Jumpa salam2an

golongan rentan ni elok la duduk umah
Biar yg sehat2 muda2 aje poei masjid
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,802
Reaction score
1,307
Points
156
Mana tak nya
Jumpa salam2an

golongan rentan ni elok la duduk umah
Biar yg sehat2 muda2 aje poei masjid
Boleh je tuan yang warga emas ni ke masjid asal jaga SOP.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,572
Reaction score
3,333
Points
201
semalam gi solat isyak, tgk ada pakcik ni tgh selsema bawa tisu dtng masjid.
aku tgk je lah.

nak tegur, aku takut dia cakap "spe kau nak halang aku ke rumah Allah bulan ramadhan ?, ini mungkin ramadhan terakhir aku. Kau nak halang ?"

hehe.. adakalanya kita terbuka dlm memahami masalah. Namun mereka sendiri kena ada kesedaran.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,677
Reaction score
219
Points
73
Mana tak nya
Jumpa salam2an

golongan rentan ni elok la duduk umah
Biar yg sehat2 muda2 aje poei masjid
tp dgr nye imam tu umur 30an
ntah la
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,925
Reaction score
2,460
Points
201
tp dgr nye imam tu umur 30an
ntah la
Betul la tu tuan

golongan rentan ni kalau perasan yg mati tu obesiti, kencing manis, cancer pt, warga emas etc

1620101437317.jpeg

yg ni golongan mcm ni kkm kene tekankan supaya duduk umah jaga sop ketat2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register