BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam berjubah lepas gian merempit ditahan

Jangan macam² jang
Imam mudo laie tu
Bagi peluang la dio berubah
#DoneTazkirah

Kan den koba nak bg imam raso yo....
Al maklum la...
Jiwa mudo, raso ingin mncubo tu tinggi...
Motor dah cubo... Mandi2 pun kono la cubo....
Baru ado feel....
Hahahaaa...
 
nama je imam... bukan tentu pengakhiran dia di syurga pun..
 
umo 20 tahun masih remaja,
pada aku normal la tu,xkisah la dia imam ke,dia penagih ke, budak2 remaja baru nak up kena plak dpt income besar tiap mlm lagi la laju dia nak pergi,
 
Imam berjubah lepas gian merempit ditahan



MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 10 April 2022

Seorang imam surau (atas, kiri) antara lapan penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan berasingan di Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kesas, pada Ahad.

SHAH ALAM - Hasrat seorang lelaki yang juga imam di sebuah surau melepas gian merempit bersama rakannya di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini terbantut selepas ditahan polis pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi dua penunggang terbabit dikesan menerusi Ops Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman sebelum berjaya ditahan kira-kira jam 2 pagi.

"Pemantauan mendapati dua penunggang itu melakukan aksi superman, bersaing sesama sendiri dan zig-zag yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.


"Polis telah menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tegas Mohd Nadzri, kedua-dua penunggang berusia 20 dan 22 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun dan juga bekas pelajar tahfiz itu baru selesai mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah surau di Klang, malah aksi rempit itu dilakukannya dengan masih berpakaian jubah.

Dalam operasi berasingan, JSPT Bukit Aman turut menahan enam penunggang motosikal selepas dikesan melakukan lagak samseng jalanan di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Katanya, kesemua penunggang berusia 14 hingga 22 tahun itu masing-masing telah dibawa ke IPD Shah Alam dan IPD Klang Selatan.

"Polis akan terus melaksanakan operasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan yang boleh mengundang risiko kepada diri serta pengguna jalan raya lain," katanya.

Baca Artikel Penuh

Lantak kau la Mam......ada otak fikir
 
Back
Top
Log in Register