Ilmu Rahsia atau Rahsia Ilmu?

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Setelah aku mengikuti beberapa thread dalam section ini..maka aku terpanggil untuk membuka thread ini..berkenaan ilmu rahsia atau rahsia ilmu..soalannya
1.Adakah didalam Islam adanya ilmu rahsia?
2.Jika ada,apakah yang dimaksudkan dengan ilmu rahsia?
3.Bagaimana pula dengan rahsia ilmu?
sebagai contoh..aku ambil satu qoute ayat ini..
ilmu rahsia? tnya ilmu rahsiakan?



tentang dakwah?dakwah islam dirahsiakan?

*** sy tk paham apa yg bro nak. nak tau tentang rahsia p la menuntut... rasa2 saya tak layak nk bgtaw tntang rahsia2 ni... coz masih belajar lg. pegi menuntut la bro... sesat kang ni...
saya bukan tknk bg tp mmg tkleh nak kongsi sebarangan...
harap bro paham...

*** lg 1, hati kena bersih nak blaja tntang benda2 ni... seblom tu hati kena dibersihkan dulu.baru bleh blaja.(senang skit dapat)
ada caranya blaja... menuntut.

mcm belajar ABC. ikut turutan. tkleh nak AB D.

mcm belajar Alif ba ta. ikut turutan...

bila dah kena huruf, baru boleh belajar baca bro...

tkkn tk paham lg kot.. sory if ada kasar bahasa..

ini je yg sy mampu bgtaw...
diharapkan dalam thread ini tiada kata2 sinis...dan sama2 kita menimba pengetahuan..:):)
 
Sponsored Post

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,772
Reaction score
916
Points
176
rasanya kalau ilmu tu baik, sebarkan je.. Tak payah nak sorok2.. :D
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
rasanya kalau ilmu tu baik, sebarkan je.. Tak payah nak sorok2.. :D
kerana itu aku bertanya..kerana ada yang menyebut.."Ilmu Rahsia"..tapi bagaimana pula dengan "Rahsia Ilmu"..?
 

Wizurai

Active+ Member
Joined
Jul 27, 2009
Messages
3,424
Reaction score
38
Points
30
1. ilmu rahsia mungkin merujuk kpd sesuatu ilmu yang hanya diketahui oleh orang2 tertentu sahaja.

2. rahsia ilmu mungkin merujuk kpd sesuatu yg terkandung dalam sesuatu ilmu tersebut


Wallahualam..
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
beristiqamah dalam melakukan pekerjaan
mantapkan ilmu asas dan utamakan yg rukun

tidak pasti pla apa yg dimaksudkan dgn ilmu rahsia tu
mungkin tahap wali kot #:-S
 

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
ni pon nak gaduh ke...tahun baru azam baru...meh pakat2...xrugi....
 

qarm

Active Member
Joined
Dec 31, 2009
Messages
1,640
Reaction score
17
Points
25
Mantapkan yang asas dulu, baru Ilmu akan datang. Allah selalu uji hambaNya, tu semua untuk pembelajaran kita sebagai makhluk dan hamba. Dan dari situ baru kita dapat ilmu yang bermanfaat
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
cerita dari alquran. sekadar renungan sahaja
Al-kahfi : 65-82

[65]
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
[66]
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
[67]
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
[68]
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
[69]
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
[70]
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
[71]
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".
[72]
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
[73]
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
[74]
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"
[75]
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
[76]
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
[77]
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
[78]
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
[79]
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
[80]
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
[81]
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
[82]
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
terima kasih aku ucapkan atas respon sahabat2..cuma apa yang aku nampak..sahabat2 hanya menerangkan rahsia ilmu...mungkin kena highlight sikit soalan sebelum ini..:)
1.Adakah didalam Islam adanya ilmu rahsia?
2.Jika ada,apakah yang dimaksudkan dengan ilmu rahsia?
3.Bagaimana pula dengan rahsia ilmu?
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
cerita dari alquran. sekadar renungan sahaja
Al-kahfi : 65-82
surah ini menerangkan tentang adab menuntut ilmu..juga rahsia setiap ilmu yang dilihat,didengar dan dibuat..untuk kita berfikir..tidak menjawab persoalan asal iaitu
1.Adakah didalam Islam adanya ilmu rahsia?
2.Jika ada,apakah yang dimaksudkan dengan ilmu rahsia?
3.Bagaimana pula dengan rahsia ilmu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register