balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Sebuah papan tanda jalan raya di Lebuhraya Darul Aman turut ditampal poster ubatan haram.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Kewujudan iklan haram ubat kuat seakan-akan tiada menemui penghujungnya, apabila didakwa masih bertebaran sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.
Tinjauan mendapati iklan ubatan sedemikian masih berleluasa apabila ada tampalan poster haram dikesan berhampiran Lebuhraya Darul Aman, dekat sini.
Penduduk, Ahmad Zubaidi Zubir, 29, berkata, keadaan tempat awam ditampal poster sebegini amat memalukan, sedangkan banyak destinasi pelancongan menarik berdekatan.
“Ada banyak tempat menarik untuk dilawati pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Antaranya, Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Besar, Balai Nobat, Menara Jam Besar dan Muzium Diraja Kedah
“Bayangkan, sedang asyik pelancong melihat keindahan bandaraya Alor Setar. Namun, ia dicemari pula pemandangan iklan haram. Bikin malu sahaja,” katanya.
Lebih memalukan, katanya, ayat-ayat seperti 100% selamat, berkesan mahupun dijamin ‘power’ yang pastinya menimbulkan tanda tanya, sekali gus sebagai bahan ejekan.
Manakala, Nur Ashikin Md Noor, 18, berkata, dia merasakan poster haram sedemikian bukannya hanya mencemarkan keindahan sesuatu kawasan, sebaliknya turut menyakitkan mata.
“Ada, tempat awam yang pada asalnya bersih, namun akhirnya dikotori sisa tampalan kertas. Malah, ada poster tertentu ditampal sehingga mengaburi papan tanda lalu lintas,” katanya.
Malah, katanya, entah di mana silapnya iklan haram tetap ada, meskipun pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak henti-henti menurunkan poster haram berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dia mengharapkan pihak berkenaan terus melakukan pemantauan dan operasi demi mengurangkan bilangan iklan haram ini.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/iklan-ubat-kuat-bikin-malu-1.279241
Last edited: