iklan najib di YOUTUBE..

CG Sponsors




myvi8283

Fun Poster
Joined
May 30, 2010
Messages
195
Reaction score
30
Points
30
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]

sumber: www.youtube.com

berapa agaknya kos iklan ni sampai hari mengundi nanti?

Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang pula iklan ‘Moving Forward Together With Najib Razak’ di laman utama Youtube. Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden umno dalam rangka untuk mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU 13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat.

Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno keseluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat samada pesawat khas yang dinaiki, helikopter,sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar saguhati dari duit rakyat juga.

Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan kempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN. Memang tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana tonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut adalah wang rakyat! Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno! Bagaimana caranya? Sangat mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa.

BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapak Umno yang bagi.

Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno benar-benar terdesak dan berada dalam kedudukan defensif menjelang ‘pertempuran’ paling sengit di medan PRU 13 nanti?

sumber: http://www.drazmanibrahim.com/2013/02/iklan-najib-di-youtube-berapa-kosnya.html

[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]

sumber: https://www.facebook.com/Politicalgag?ref=stream
 
Last edited:
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,720
Reaction score
316
Points
91
cer buka mudah... abeh dibelasahnya ruang iklan haha
 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316
salahguna wang negara.......

ni kementerian mana yg tanggung beres kos ni?.....
 

emasmoden

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2007
Messages
7,373
Reaction score
23
Points
65
habis semua video ada iklan bn dulu.
buka yahoo pun bn iklan jugak.
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
pernah nampak...mahal juga cost advert macam ni...guana duit sapa pun xtau...tapi sendiri mau ingat la
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,720
Reaction score
316
Points
91
huihhh biar betul kos sampai 27 juta...
 

krazey17

Active Member
Joined
May 25, 2010
Messages
2,332
Reaction score
60
Points
40
mudah dia spam,goal.com dia spam,youtube pon ado.meluat eden!
kat umah tgh layan anak tgk upin ipin,iklan lagu dia gak terus hilang mood..~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register