BTC USD 56,828.0 Gold USD 1,765.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (P/O) N19 - UKM

Irwan De Gea

Active Member
Messages
2,204
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,204
Reaction score
36
Points
30
Pusat [email protected] NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
TARAF JAWATAN : KONTRAK
TEMPOH LANTIKAN : SATU (1) TAHUN
PENEMPATAN : KOLEJ [email protected] NEGARA, KAMPUS SEREMBAN TARIKH

IKLAN : 6 OKTOBER 2021 (KEPERLUAN SEGERA)
TARIKH TUTUP : 15 OKTOBER 2021

DESKRIPSI TUGASAN:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut :
a. Tugas pengkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek pengkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
b. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengarah dan Ketua Program.

SYARAT AM KELAYAKAN:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun.
c. Kelayakan akademik : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT:

a. Berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan operasi.
b. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa.
c. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
d. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.

Sila emel RESUME/CV yang lengkap dengan tajuk PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 kepada [email protected]

Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Jika calon TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register