BTC USD 63,984.2 Gold USD 1,776.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikhlas: Bayar pampasan bagi kerugian perniagaan jika berlaku krisis air di Selangor

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor perlu membayar pampasan kepada pengusaha perniagaan bagi kerugian yang dialami sekiranya berlaku krisis air di negeri itu, kata Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah.

Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, pertubuhan yang mewakili kira-kira 300,000 peniaga kecil di seluruh negara, mahukan surat jaminan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tidak akan berlaku krisis air di Selangor sehingga 2019.

Mohd Ridzuan berkata: "Kami mahukan surat jaminan secara bertulis daripada beliau agar pengusaha perniagaan kami tidak perlu bimbang. Mereka akan terjejas teruk sekiranya berlaku krisis air."

Abdul Khalid baru-baru ini berkata manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat pada 2008 untuk memberikan air percuma kepada pengguna di Selangor bukannya satu perjanjian.

"Pada ketika ini, pengusaha perniagaan tidak pasti sama ada akan berlaku catuan air sekiranya krisis berlaku. Mereka, terutamanya pengusaha restoran yang menjual makanan yang cepat rosak, berasa bimbang," katanya kepada Bernama.

Mohd Ridzuan berkata rakyat Selangor serta pengusaha perniagaan keliru kerana pelbagai pihak ketika ini ada yang tidak menerima bekalan air terawat seperti sepatutnya disebalik kenyataan kerajaan negeri Selangor bahawa bekalan adalah mencukupi sehingga 2019.

"Ramai pihak, seperti pengusaha perniagaan dan malahan surirumah yang menjalankan perniagaan dari rumah, akan terjejas.

"Ikhlas menjaga kepentingan pengusaha perniagaan seperti ini. Kami tidak mahu bermain politik, (dan) kami tidak ada masa untuk main politik. Kami ambil tahu masalah mereka," katanya.

Ikhlas telah menjalankan kajian, dengan kira-kira 2,000 borang kaji selidik telah diedarkan, bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi air di Selangor dan hasil kajian itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagaimana perniagaan di rumah akan beroperasi jika tiada air? Kehidupan mereka bergantung kepada pendapatan daripada perniagaan di rumah ini. Nafkah harian mereka untuk menyara keluarga mereka adalah daripada perniagaan ini.

Sekiranya tiada air, siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya.

Mohd Ridzuan berkata bagi Ikhlas, kerajaan negeri Selangor perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku krisis air akibat daripada kekurangan air.

Beliau juga berkata keengganan kerajaan negeri Selangor untuk meluluskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 hanya akan memburukkan lagi situasi air kerana peningkatan infrastruktur asas adalah perlu selaras dengan kepesatan pembangunan dan pertumbuhan populasi.- Bernama
 
Sponsored Post

oimates

Active+ Member
Joined
May 10, 2009
Messages
2,933
Reaction score
42
Points
30
klu negeri lain xde air x payah bayar pampasan ke?
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
nih semua pencacai yg da x dapat projek punya kerja la nih....
 

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
kalo mcm tu aku pun nak pampasan juga,

sebab air takde kat rumah tak boleh nak masak, kena makan dekat luar...:D:D:D:D
 

scid

Active+ Member
Joined
May 21, 2010
Messages
4,670
Reaction score
12
Points
25
member aku jage projek terowong air tuh..still jalan jugak
 

budakpandai

Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
1,918
Reaction score
0
Points
20
menjaga 300 000 peniaga kecil tetapi borang soal selidik hanya 2000..kemuddian nak serahkan siasatan soal selidik kepada perdana menteri..lol
 

NeCaRaS

Active Member
Joined
Jun 23, 2011
Messages
2,098
Reaction score
2
Points
25
menjaga 300 000 peniaga kecil tetapi borang soal selidik hanya 2000..kemuddian nak serahkan siasatan soal selidik kepada perdana menteri..lol

bajet nak print x cukup kot..
maklumlah, projek kroni xpat.. :eek:
 

scid

Active+ Member
Joined
May 21, 2010
Messages
4,670
Reaction score
12
Points
25
aku rase pttnyer tiap kali ader masalah air pr sediakan lawyer utk saman syabas :)) baru tau tinggi rendah langit tuh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register