Ikan emas ajaib hidup tanpa air

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON - Seekor ikan emas yang dipelihara oleh seorang wanita Britain, Barbara Woodward didapati masih hidup selepas 13 jam melompat keluar dari sebuah balang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan emas yang bernama Ginger itu dipercayai melompat keluar pada waktu tengah malam 22 Disember lepas di kediaman Woodward di Glouchester, England.

"Apabila saya bangun pada pukul 7 pagi dan melihat haiwan itu di lantai, saya menganggap ia sudah mati. Ikan itu tidak bergerak dan berada di lantai selama berjam-jam," katanya.

Bagaimanapun, Woodward yang berusia 61 tahun dan bekerja sebagai penyambut tetamu amat terkejut ketika pulang daripada bekerja apabila mendapati Ginger menggerakkan sirip tanda ia masih bernyawa.

"Saya sukar mempercayai. Bagaimana ikan emas itu dapat hidup untuk tempoh begitu lama," ujar wanita tersebut.

Dia kemudian meletakkan Ginger kembali ke dalam balang berisi air dan ikan itu berenang seperti biasa. - Agensi
 
Last edited:
Sponsored Post

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
huhu....nyawa panjang ikan 2..:eek::eek:
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196
manusia pon boleh hidup dalam air, memang tak pelik kalau ikan boleh hidup tanpa air.
 

blackstylus

Active Member
Joined
Feb 9, 2008
Messages
1,389
Reaction score
0
Points
20
so dh xde la "nyawa-nyawa ikan" pas ni.. huhuhuhu...
 

pasu

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,163
Reaction score
0
Points
20
bukan takat ikan mas jer, kat malaysia nie banyak ikan yang boleh hidup lama atas darat.. contohnya... ikan belacak.. :D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register