Ikan berwajah buaya ditangkap

CG Sponsors




Mail Aziz

Active+ Member
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,121
Points
101

Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.

Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.


Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.

Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya


Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.


Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.

Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.

“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee.


 
Sponsored Post

zeman

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
5,491
Reaction score
32
Points
70
alligator gar ni..kedai ikan ade jual ikan ni
 

scid

Active+ Member
Joined
May 21, 2010
Messages
4,670
Reaction score
12
Points
25
dah biase tgk ikan nih kat discovery channel
 

DOCH

Active Member
Joined
Jul 17, 2012
Messages
1,407
Reaction score
112
Points
33
kena ngap dgn ikan nie sakit oOo...
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,543
Reaction score
25
Points
70
First time naik kat siam, pelik lak kut
 

kizuro

Active+ Member
Joined
May 11, 2008
Messages
3,795
Reaction score
2
Points
25
Ni namanya Aligator Gar...xpelik pun...
 

taz81sucker

Active Member
Joined
Jul 30, 2009
Messages
1,497
Reaction score
12
Points
25
Pelik sebab kat siam, kalau tgk tv cerita deadly 60, mmg ada binatang ni tapi bukan dekat asia laaa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register