BTC USD 67,065.7 Gold USD 2,420.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan aneh ditemui

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
LANGKAWI 9 Nov. - Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan yang jarang dilihat ketika sedang menyauk sotong di kawasan laut lepas Kilim Geoforest Park di sini baru-baru ini.

Afandi Ali, 37, berkata, sepanjang lebih 20 tahun menjadi nelayan, dia jarang melihat ikan aneh atau lebih dikenali sebagai 'ikan katak' itu yang berukuran kira-kira sembilan sentimeter.

Ikan tersebut mempunyai sirip di hadapan yang menyerupai tangan serta sirip di belakang yang menyerupai kaki.

Menurutnya, ini kali kedua dia melihat ikan daripada spesies itu selepas menangkapnya kali pertama kira-kira setahun lalu.

"Ketika itu, ikan yang ditangkap berwarna putih tetapi kali ini berwarna coklat berbintik dan berbelang seolah-olah menyerupai rumput air atau lumut," katanya di sini.

Afandi yang turut mengusahakan sebuah sangkar ikan Deko Fish Farm bercadang untuk membela ikan tersebut tetapi bersedia menjualnya kepada mana-mana pihak yang sedia membelinya.

Dalam pada itu, seorang kurator di Underwater World Langkawi, Ariati Sari Ibrahim berkata, ikan katak atau Sargassumfish dikenali dengan nama saintifik Histrio histrio, hidup di kawasan tropika di Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.

Menurutnya, ikan daripada spesies itu memang sukar ditemui kerana sifat semula jadinya yang berubah mengikut kawasan persekitaran.

"Selalunya ikan ini akan tinggal di kawasan yang banyak rumpai laut dan lumut kerana mudah untuknya bersembunyi sebelum mencari mangsa.Kami pernah mempunyai spesies tersebut tetapi telah mati," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register