BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iftar Rahmah Madani sedia juadah berbuka percuma sepanjang Ramadan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,214
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
52,214
Reaction score
6,312
Points
881
Awards
1
Iftar Rahmah Madani sedia juadah berbuka percuma sepanjang Ramadan

A view of the sea
MOHD Na'im menyempurnakan perasmian program Iftar Rahmah Madani 1445H di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan JAWI
Kuala Lumpur: Seramai 630,000 penerima dapat menikmati juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan melalui Program Iftar Rahmah Madani yang dilancarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, program ini berkonsepkan 'soup kitchen' yang berpusat di masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan bagi menyediakan pek makanan dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa setiap hari secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, seramai 21,000 penerima dijangka menerima manfaat setiap hari untuk menerima juadah yang disediakan.

"Tujuan utama program dianjurkan adalah membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan ahli kariah.

"Kaedah pelaksanaan program adalah petugas masjid dan surau memasak juadah berbuka puasa secara bergotong-royong di dapur masjid dan surau.

"Kemudian juadah dibungkus untuk diedarkan kepada penerima yang ditentukan dalam kalangan asnaf, B40 dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Jawi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Na'im menyempurnakan pelancaran perasmian program Iftar Rahmah Madani 1445H di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Maiwp Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail.

Mohd Na'im berkata, perbelanjaan sejumlah RM9.45 juta diperuntukkan bagi menjayakan program Iftar Rahmah Madani tahun ini.

"Set hidangan berbuka puasa yang lengkap disediakan merangkumi nasi, satu jenis lauk dan sayur, buah, kurma, dan minuman.

"Hari ini, saya turut menyampaikan sumbangan bakul makanan Jawi Food Bank berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung dan susu kepada 100 asnaf dengan nilai barangan RM100 bagi setiap penerima," katanya.

Beliau turut menyampaikan cek cura peruntukan bernilai RM9.45 juta yang diserahkan kepada wakil-wakil dari 70 masjid dan surau terpilih bagi menjayakan program Iftar Rahmah Madani sepanjang Ramadan kali ini.

Disiarkan pada: March 14, 2024 @ 5:36pm
 
Back
Top
Log in Register