BTC USD 32,446.8 Gold USD 1,782.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Identiti Di Curi, Pemandu Lori Di Penjara 53 Tahun Akhirnya Bebas

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
06.05.2021 - Kuala Lumpur, Seorang pemandu lori yang dijatuhkan hukuman penjara lebih 53 tahun atas kesalahan penipuan yang tidak pernah dilakukannya akhirnya bebas daripada sabitan hukuman berkenaan pada 3 Mei lalu. Itu pun setelah Tey Kok Liong, 49, terpaksa meringkuk di dalam penjara selama kira-kira dua tahun atas pertuduhan yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kecurian identiti, apabila nama dan kad pengenalannya disalah guna untuk membuka 10 perniagaan yang menjalankan aktiviti penipuan, sehingga dia berdepan 494 kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna oleh mangsa penipuan dari 2013 hingga 2014. Dalam sidang media di Pejabat Parlimen Selayang hari ini, Tey hadir bersama Ahli Parlimen Selayang yang juga seorang peguam, William Leong Jee Keen bersama peguam lain yang membantunya.

“Ada orang menggunakan nama dan kad pengenalan Tey untuk mendaftar 10 syarikat (di bawah) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada sekitar 2013 dan 2014, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian, dan tak ada biometrik. Syarikat-syarikat ini digunakan untuk menipu orang ramai, dan mangsa yang telah ditipu telah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna,” kata Leong dalam sidang media berkenaan.

Untuk rekod, sistem pengesahan biometrik hanya diperkenalkan pada Oktober 2015 melalui portal ezBiz yang diperkenalkan khas untuk mencegah masalah kecurian identiti. Berdasarkan kenyataan kepada pihak media, pada Okt 2016, Tey didatangi pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan diserahkan 57 award oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah di bawah peraturan 21 (5) Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999.

Tey membuat laporan polis bahawa dia tidak pernah mendaftar mana-mana perniagaan pun, serta nama dan kad pengenalannya telah disalah guna untuk pendaftaran berkenaan. Dia juga telah membatalkan semua perniagaan bawah namanya di SSM. Namun, pada Jan 2018, Tey berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 117 Akta Pelindungan Pengguna 1999 atas sebab gagal mematuhi award-award yang dibuat oleh tribunal dalam masa 14 belas hari.

Dia berdepan pertuduhan 16 kes di Mahkamah Majistret Kota Bharu, dan pertuduhan 55 kes di Mahkamah Majistret Seremban. Daripada jumlah itu, dia dijatuhkan hukuman penjara untuk 11 kes di Kota Bharu pada 3 Mac 2019 - hukuman selama 6 bulan ke 12 bulan bagi setiap kes - yang berjalan serentak. Di Seremban pula, Tey dihukum penjara untuk kesemua 55 kes pada 31 Mei 2019 - hukuman selama lima hingga 18 bulan bagi setiap kes - yang berjalan berasingan.

“Jumlah tempoh penjara yang dijatuhkan adalah selama 53 tahun, 4 bulan dan 16 hari,” kata kenyataan itu.

Tey yang tidak mampu mendapatkan perkhidatan guaman ketika kesnya dibicarakan di Kota Bharu dan Seremban, akhirnya dimasukkan ke penjara di Pengkalan Chepa sejak 3 Mac 2019. Beberapa bulan kemudian, pada akhir 2019, keluarganya meminta bantuan Leong, dan Leong bersama Chiew Choon Man dan Lee Zhe Hui, bersetuju menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma kepada Tey.

“Bila dihukum, terus masuk ke penjara. Keluarga pun tak tahu apa yang terjadi, sehingga ada orang daripada satu persatuan yang berhati baik, memberitahu kepada abang (Tey), bahawa Tey sudah dalam penjara. Kalau tidak, abang dan keluarga pun tidak tahu. Mereka datang jumpa saya. Kemudian, barulah kita pergi ke Kota Bharu, jumpa Tey dalam penjara, dan membuat proses mahkamah dengan membuat rayuan,” kata Leong.

Bercakap pada sidang media berkenaan, Tey memberitahu bahawa dia hanya mengetahui namanya telah digunakan oleh salah seorang “rakan kerjanya” untuk mendaftarkan perniagaan yang menjalankan penipuan apabila dikunjungi pegawai KPDNKK pada 2016.

“Saya tak mampu upah peguam. Disebabkan saya tak dapat sediakan bukti kuat, mahkamah hukum penjara 53 tahun. Di penjara, saya minta (bantuan) seorang kawan saya mencari abang saya. Menerusi abang saya, saya (dapat) berhubung dengan Leong untuk minta bantuan. Pasukan peguam bantu saya sepenuh hati, dan akhirnya dapat mencari bukti kuat untuk membuktikan yang saya tidak ada kena-mengena dengan kes ini,” katanya dalam bahasa Cina.

Barisan peguam itu membantu rayuan bagi kes di Seremban dan di Kota Bharu sehingga pertuduhan yang telah disabitkan ke atasnya ditarik balik. Mereka turut meminta polis dan SSM menyiasat aduan Tey bahawa identitinya telah disalahgunakan.

“Pada setiap masa yang material, Tey cuma seorang pekerja biasa yang bekerja dengan juruteknik yang menyelenggara penghawa dingin dan membawa lori di Kuala Lumpur. Tey juga kekurangan kemahiran celik huruf. Oleh itu, Tey tidak mempunyai keupayaan untuk membuka 10 perniagaan dan merancangkan skim-skim penipuan terhadap ratusan orang. Tey juga tidak menjalankan dan/atau mampu mengupah orang lain menjalankan kegiatan skim penipuan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu juga, identiti Tey digunakan untuk membuka syarikat yang menjalankan sindiket penipuan dengan modus operandi gores dan menang. Oleh hal yang demikian, Leong menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan salinan kad pengenalan masing-masing, dan sentiasa menandangkan palang pada salinan kad tersebut untuk apa-apa urusan sekalipun. Pada Julai 2020, menerusi surat kepada peguam, SSM memaklumkan hasil siasatan yang menunjukkan Tey tidak terlibat dalam pendaftaran perniagaan tersebut, sebaliknya namanya telah disalahgunakan membuat pendaftaran berkenaan.

Pada Nov 2020 pula, SSM memaklumkan bahawa tindakan telah diambil ke atas pesalah-pesalah yang menyalahgunakan identiti Tey.

“Setelah mendapat bukti-bukti baru ini sebagai sokongan kepada pembelaan Tey, pada 3 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan bahawa rayuan Tey terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara selama 53 tahun, 4 bulan dan 16 hari diterima. Tey didapati tidak bersalah dan seterusnya dilepaskan serta-merta,” kata kenyataan itu.

Screenshot-156.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573648
 

CG Sponsors




Top
Log in Register