IDC Sepanjang 2019 - Lenovo, HP & Dell Di Tiga Tangga Teratas

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,891
Reaction score
2,331
Points
236
Pengeluaran Komputer Meningkat Sepanjang 2019 : Lenovo, HP Dan Dell Di Tiga Tangga Teratas;

Kita di awal 2020 dan pelbagai angka mengenai pengeluaran sepanjang 2019 mula diterbitkan. Menurut laporan dari IDC, pengeluaran PC sepanjang 2019 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.7% berbanding 2018. Lenovo memegang pasaran terbesar dengan 24.3% dengan peningkatan sebanyak 8.2% berbanding 2018.

Di tangga kedua ialah HP dengan pegangan 23.6% diikuti oleh Dell (17.5%), Apple (6.6%) dan Acer (6.4%). Sungguhpun pengeluaran PC meningkat pada tahun 2019. hanya Lenovo, HP dan Dell menunjukkan peningkatan. Peningkatan dipercayai berlaku kerana Microsoft akan menamatkan sokongan Windows 7 bermula hari ini.

Hanya beberapa tahun yang lalu terdapat ramalan kita akan memulakan kehidupan dunia pasca PC. Tetapi penggunaan PC meningkat semula kerana kita mula menyedari perisian pada telefon pintar dan tablet masih belum memadai untuk tugasan kerja yang lebih berat.



Sumber asal https://www.idc.com/getdoc.jsp?containerId=prUS45865620
 
Top
Log in Register