BTC USD 68,074.2 Gold USD 2,356.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu tunggang motosikal lawan arus sambil gendong anak

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,121
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,121
Reaction score
863
Points
121


Ibu tunggang motosikal lawan arus sambil gendong anak​

  • Oleh KOSMO
  • 22 April 2024, 10:30 pm
geli-ibu-lawan-arus.jpg
Wanita berkenaan tidak memakai topi keledar dan bertindak melawan arus. - DETIKJAT


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang ibu menunggang motosikal secara melawan arus sambil menggendong anaknya di Jalan Ahmad Yani, Kota Malang, lapor akhbar Detik Jatim semalam.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan sedang menggendong anaknya menggunakan selendang di dadanya.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila dia tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal berkenaan.

Biarpun melawan arus, wanita itu kelihatan tenang dan santai, seolah-olah sudah biasa melakukan perkara seumpama itu.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa pihaknya sudah mendapatkan identiti wanita berkenaan dan sedang melakukan siasatan.

“Tindakan si ibu bukan hanya membahayakan dirinya sendiri, malah membahayakan nyawa anaknya dan penunggang lain,” tambah kenyataan itu. – AGENSI
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register