Ibu tunggal mati lemas di Teluk Chempedak

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUANTAN: Kegembiraan seorang ibu tunggal anak dua yang datang bercuti bersama empat rakannya di Pantai Teluk Chempedak di sini bertukar tragedi apabila ditemui mati lemas di pantai itu di sini, malam tadi.

Mangsa, Haslina Hassan, 34, berasal dari Kuala Lumpur dipercayai datang bercuti ke Kuantan bersama empat lagi rakannya kira-kira 12 tengahari semalam dan menginap di hotel berhampiran pantai tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian kira-kira jam 10 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa keluar seorang diri dari biliknya untuk bersiar-siar di tepi pantai.

"Kita percaya mangsa kemudiannya mandi di pantai itu dan dia berkemungkinan dihanyutkan ombak dan arus deras," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakan-rakan mangsa yang menyedari kehilangannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis sebelum operasi mencari mangsa dijalankan oleh polis, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

Zulkifli berkata, mayat mangsa kemudiannya ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira jam 11.35 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - Bernama
 
Sponsored Post

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
Al-fatihah..maut tak mengira masa bercuti ke masa bekerja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register