Covid-19 Ibu Terpaksa Panggil Polis, Anak Degil

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,006
Reaction score
3,246
Points
236
07.04.2020 - Lenggong, "Mak tak dengar, pak saudara tak dengar, apa nak jadi..?

"Saya cabar kamu, tunjukkan lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti."

Itu antara kata-kata nasihat dizahirkan Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan terhadap seorang remaja lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Kuak di sini.

Video perbualan antara pegawai polis bersama remaja berusia 15 tahun itu tular di media sosial sejak jam 9 malam tadi.

Dalam video berdurasi 1 minit 37 saat itu, pegawai berkenaan menegur kedegilan remaja itu yang sudah beberapa kali tertangkap kerana meninggalkan rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Difahamkan sikap remaja itu mengundang resah keluarganya yang kemudian meminta pihak polis sendiri datang memberikan amaran dan kata nasihat.

"Kalau sekali tidak mengapa, ini dah tiga empat kali anak buah (anggota polis) beritahu, hari ini dah tangkap lagi sekali. Apa ke hal?

"Kalau tak ada orang lain boleh monitor kamu...Hah dalam lokap biar kami monitor, makan nasi bungkus, duduk rumah batu tak de katil. Kamu nak macam tu?" kata Mohd Ropiza sepertimana dalam video berkenaan.

Beliau turut menasihati remaja berkenaan, sebagai anak sulung dan telah kematian bapa, dia sepatutnya mengutamakan pelajaran dan mengambil peluang tempoh duduk di rumah untuk mengulang kaji pelajaran.

"Belajar betul-betul, (kamu) anak sulung yang lelaki pula tu. Kamu tak fikir ke? Ayah tak de (tiada). Kerajaan bagi masa suruh duduk rumah bacalah buku.

"(Belajar) sampai ke menara gading, bantu keluarga, bukan ikut hati dan perangaimu itu," katanya.

Selari dengan kata nasihat itu, beliau turut memberikan cabaran agar remaja berkenaan bertemunya dalam tempoh lima tahun lagi bagi membuktikan dia mampu berjaya.

"Apa yang saya bagitahu ni kamu ambil. Kamu tunjuk pada saya lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti.

"Jumpa saya di Balai Lenggong, cakap yang kamu dah berjaya sampai ke IPTA (institusi pengajian tinggi awam), saya cabar kamu macam tu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian itu berlaku di pekarangan rumah keluarga remaja berkenaan sekitar jam 3.30 petang.

Katanya, polis menerima aduan daripada ibu remaja itu meminta anaknya diberikan nasihat agar tidak lagi bersikap sambil lewa terhadap pematuhan PKP.

"Tiada sebarang tindakan diambil terhadap remaja itu, dia hanya diberikan kata nasihat sepertimana diminta oleh ibunya sendiri," katanya.

 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,041
Reaction score
1,388
Points
206
budok tu 5 taung lagi dok jadi masuk nabasiti, masuk pondok jadi ustak

ustak enjin

ekekekeke
 

lelabah

Super Active Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,586
Reaction score
852
Points
121
Kalau dengan cara ni tersentuh hati dia, InsyaAllah dia kan ubah sikap. Tengok keadaan rumah dia mmg keluarga susah.
 

kopininja

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2011
Messages
5,302
Reaction score
100
Points
70
Kalau dengan cara ni tersentuh hati dia, InsyaAllah dia kan ubah sikap. Tengok keadaan rumah dia mmg keluarga susah.
yup

yg penting dapat sentuh hati dia

klu dpt sentuh hati maybe akan smpi apa yg cuba disampaikan oleh polis tu
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
295
Reaction score
104
Points
23
aku cadang angkut je budak tu bawak pg balai..

tunjuk dkt dia keadaan lokap mcm mana

kalau boleh biar dia bercakap / interview dgn tahanan dkt situ

aku pernah tgk documentary dkt US bdk2 sekolah yg degil akan dibawa melawat penjara

siap pg melawat cell hard core inmate tu.. meleleh ayaq mata budak tu inmate jerkah dia :p
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,341
Reaction score
376
Points
131
org susah ni,mmg payah la duk rumah,fasiliti xde,adik beradik ramai kot,mmg kena kental la,jiwa remaja ni x same mcm kita dah tua ni,diorg fikir baran diorg je,xpikir panjang,bapa pulak tiada sape yg nk berkeras dgn dia...
aku ni yg fasaliti cukup kat rumah ni pun rasa mcm tension gila duk umah,
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,456
Reaction score
190
Points
73
Tu la bdak ni ayah dah xde..garang2 mak ni x sma mcm garang ayah,tu bdak leh melawan.. memberontak nk bebas
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,470
Reaction score
1,923
Points
201
budak tu orang lenggong tapi polis kecek kelate. faham ko? cakap ate kome udoh le.
 

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,138
Reaction score
660
Points
191
Tu la bdak ni ayah dah xde..garang2 mak ni x sma mcm garang ayah,tu bdak leh melawan.. memberontak nk bebas
ayah punya garang jeling je dah takut :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register