Ibu pilih bayi daripada jari

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
AMPANG: Selepas bertarung nyawa lebih 10 jam dalam bilik pembedahan bagi menyambung empat jarinya yang dipercayai ditetak suami, wanita mengandung lima bulan hanya berjaya menyelamatkan tiga jari yang terkulai, manakala jari telunjuknya terpaksa dipotong untuk keselamatan diri dan anak dalam kandungan.

Jurucakap Hospital Ampang, berkata pihaknya meminta mangsa, Norshamila Abd Majid, 34, membuat pilihan sama ada membuang keempat-empat jarinya bagi menyelamatkan kandungan dan nyawanya, atau menyambungnya semula tetapi perlu berdepan dengan risiko maut.

Katanya, mangsa perlu memberi kata putus kerana ubat yang digunakan untuk menyambung jari adalah kuat dan bimbang akan mengancam nyawa pesakit serta bayi dalam kandungannya.

“Mangsa yang memilih supaya membuang keempat-empat jarinya bagi menyelamatkan kandungan sebelum memasuki dewan pembedahan, namun ketika proses pembedahan, doktor pakar cuba menyambung jari itu dan tiga daripadanya berjaya manakala jari telunjuk terpaksa dipotong.

“Namun, jari yang berjaya disambung itu masih dalam pemantauan secara rapi kerana dibimbangi berlaku jangkitan kuman dan memastikan tiga jari itu dapat kembali bergerak seperti sedia kala walaupun mengambil masa yang lama.

“Sehingga kini, keadaan mangsa termasuk bayi dalam kandungannya kini stabil dan dijangka pulang seminggu lagi jika keadaan kesihatannya bertambah baik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Ketika ditemui di hospital berkenaan, abang sulung mangsa, Mohd Nor Adzhar, 43, berkata beliau tidak menyangka sama sekali kejadian berlaku kerana hubungan mereka begitu baik.

“Saya tahu dia panas baran tapi tidak sangka bertindak seganas ini sehingga sanggup menetak menggunakan pisau pemotong daging,” katanya.

Norshamila diserang suaminya dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam di Taman Dagang selasa lalu, akibat pulang lewat dari kerja kerana singgah ke klinik, dan keretanya yang diletakkan di hadapan klinik dipecah masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata suspek yang ditahan kira-kira jam 8 malam di sekitar Lembah Klang, kini ditahan reman selama tujuh hari bermula esok untuk siasatan lanjut.

 
Sponsored Post

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Kalo bengang sekali pon.. Jangan tetak jari.. Tetak la ayam.. Makan pon kenyang... hehee
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
suami dia nak kene tetak jari lain tu..
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
Tapi kerana kebangangan bapa si ibu hampir maut. Tak patut!..Tak patut!!! :mad::mad::mad::mad:
adala tu slack kat mane2 tuuu.. si suami NAK tp bini xmo kot.. tu fasyal bengang kot..
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
adala tu slack kat mane2 tuuu.. si suami NAK tp bini xmo kot.. tu fasyal bengang kot..
Adeh!! Ni mesti suami dia NAK makan ayam bini dia x bagi ni... :eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register