Ibu panik lupa anak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
CHANGLUN: Akibat terlalu panik, seorang ibu ‘terlupa’ menyelamatkan anak bongsunya yang berusia tiga bulan itu ketika rumahnya terbakar di Kampung Padang Pasir, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, Suriani Budin, 39, hanya teringatkan Nurul Hafiza Haziqah Zahidi yang ketika itu tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan selepas dia berlari menyelamatkan diri.

“Ketika menjerit meminta bantuan daripada jiran di luar rumah, barulah saya teringat anak saya masih berada di dalam rumah.

“Mujur saya sempat menyelamatkannya sebelum api mula marak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Suriani yang juga suri rumah, berkata ketika kejadian hanya dia bersama anak bongsunya itu saja berada di rumah, manakala suaminya, Zahidi Haron, 42, ibu mentua, Halijah Ahmad, 60, serta empat lagi anaknya tiada di rumah.

“Suami saya keluar mengambil tiga anak di sekolah manakala ibu bersama seorang lagi anak saya ke rumah saudara tidak jauh dari sini,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, Suriani berkata, ketika itu dia membakar ikan di luar rumah dan ketika memasuki dapur untuk mengambil ikan, dia terkejut apabila mendapati api mula membakar bumbung bilik airnya.

“Saya cuba memadamkan api berkenaan dengan mencurah air, tetapi ia meletup dipercayai akibat litar pintas sebelum api mula marak.

“Saya yang panik terus keluar melarikan diri sehingga terlupa menyelamatkan anak saya,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan rumah yang didiaminya itu sejak 20 tahun lalu musnah dan mereka sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang.

Suriani berkata, api marak terlalu cepat dan dia tidak berjaya memadam kebakaran itu walaupun cuba dibantu jiran.

Suaminya, Zahidi, pengusaha pusat cucian kereta, berkata kejadian itu menyebabkan mereka kerugian lebih RM300,000 termasuk wang tunai sebanyak RM10,000 yang tidak sempat dimasukkan ke dalam bank.

“Selain itu, dua motosikal miliknya yang diletakkan di tepi rumah turut musnah.

“Saya seperti tidak percaya semua harta benda saya musnah dalam sekelip mata, namun saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ani Hat, berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Berat dugaan nie...
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ini panik teringat anak. bukan lupa..
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166

alhamdullilah..budak tu selamat..walaupun mak dia panik..

 
Sponsored Post
Top
Log in Register