BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu paling kecil di Britain

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_08.1.jpg

GAMBAR menunjukkan Amanda bersama anaknya yang berumur 14 bulan.

HINKLEY - Seorang bayi yang berumur 14 bulan di sini mempunyai ketinggian mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara berkenaan, Amanda Moore yang berusia 25 tahun.

Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.

Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.

Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.

Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

"Namun, pada masa sama, saya merasakan perasaan kasih sayang terhadap anak ini. Kami mahukan dia," kata Amanda yang tidak bercadang untuk mempunyai anak kedua.

Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak. - Agensi
 
klu kita bandingkan orang-orang kat malaysia ada yang sanggup gugurkan bayi hanya kerana risiko malu....dunia-dunia
 
walaupun kerdil...cute jugak mak budak ni..huhuhu
 
wah..

cute je mak budak ni..
 
klu kita bandingkan orang-orang kat malaysia ada yang sanggup gugurkan bayi hanya kerana risiko malu....dunia-dunia

alah bro, diorang tu semua rasa gah semacam.

tak rasa berdosa sikit pun.

anak bagi diorang dah jadi mcm aksessori dah.

daripada perabis duit kat anjing/kucing.
 
mak dia pun cute.. cmne la dia jaga anak dia tu? :-?
 
sama cute anak beranak nie...
 
Back
Top
Log in Register