hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,286
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 21,286
- Reaction score
- 1,507
- Points
- 201
Ibu Neelofa hidap kanser, berehat dunia perniagaan
“Baru-baru ini mama didiagnosis dengan kanser payudara tahap satu. Mama tak pernah fikir. Tak ada dalam keluarga kita sejarah kanser. Alhamdulillah mama dapat diagnosis kanser mama di peringkat tahap yang sangat awal.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah dan sekarang ni masa untuk mama lalui proses penyembuhan dan atas permintaan anak-anak juga, dia minta mama perlahankan bisnes-bisnes mama semua,” katanya.
“Mula-mula dapat keputusan tu sebab kita tak tahu lagi, tahap berapa, jenis apa. Kita tak tahu lagi masa tu. Bila mama dapat tahu masa mama buat saringan kesihatan mamogram dan bila doktor kata kena buat biopsi, dalam fikiran mama ni, mama tak terlintas pasal kanser.
“Sebab sejarah keluarga kita tak ada kanser. Tak fikir dan mama pun sebenarnya tak pernah ambil tahu penyakit kanser, sebab tak ada dalam keluarga.
“Bila mama buat biopsi dan keluar selepas tiga hari, mama kanser tahap satu. Jadi mama pun, ‘kanser, gapo tu? Macam bengong meta. Tak boleh terimo, tak boleh ‘digest’ ke otak’,” ceritanya.
Katanya, anak-anaknya termasuk yang tinggal di Sabah dan England turut bergegas pulang ke rumah apabila dimaklumkan menghidap kanser payudara berkenaan.
“Alhamdulillah dengan diagnosis yang awal, tahap awal ini. Insya-Allah banyak benda boleh kita buat dengan cepat, mudah.
“Jadi insya-Allah sekarang mama dalam proses penyembuhan dan kita nak berehat dulu dalam dunia perniagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Artikel
