- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
BALIK PULAU 5 Jan. - "Saya tiada duit, sebab itu saya terpaksa mencuri. Ibu sudah melarang tetapi saya tidak mengendahkan larangannya itu,'' rayu seorang ibu muda di Mahkamah Majistret di sini hari ini sambil menundukkan kepalanya.
Rayuan itu dibuat tertuduh, Fariza Mohd. Hooron, 23, sebelum Majistret Norhayati Johar menjatuhkan hukuman terhadapnya setelah mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan keperluan bernilai RM275.09 milik sebuah pasar raya, di sini Jumaat lalu.
Tertuduh yang memakai blaus ungu dan berseluar hitam dilihat tenang sambil memandang ibu dan beberapa anggota keluarganya yang berada di galeri awam semasa merayu hukuman terhadapnya diringankan.
"Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Kini saya tidak lagi bekerja setelah kilang tempat saya bekerja ditutup. Suami pun hanya pekerja kilang.
"Ibu bapa saya telah bercerai dan saya tinggal bersama ibu dan lapan lagi adik beradik yang lain. Mohon hukuman saya diringankan,'' katanya.
Setelah mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam, Norhayati memerintahkan Fariza dihukum penjara dua hari dan denda RM300 atau penjara tiga bulan.
Beliau memutuskan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai hari ini.
Mengikut pertuduhan, Fariza didakwa telah mencuri 28 barangan keperluan pelbagai jenis termasuk halwa buah pala dan petai bernilai RM275.09 milik Pasaraya Sunshine Bayan Baru, pada kira-kira pukul 1.45 petang, 2 Januari lalu, di Bayan Lepas di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Md. Saad Hassan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.
Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengawal keselamatan di pasar raya itu telah melihat dua wanita dalam keadaan mencurigakan.
Mereka dilihat telah memasukkan pelbagai jenis barangan ke dalam sebuah beg plastik yang dibawa sendiri.
Tertuduh kemudiannya telah pergi ke kaunter dan membuat pembayaran terhadap beberapa barangan sahaja.
Setelah membuat semakan terhadap barangan yang lain, tertuduh kemudiannya ditahan kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembelian barangan tersebut.
Kalau dah terdesak...#:-S