BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu MB Kedah-Sanusi meninggal dunia di ICU HSB

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
16,414
Joined
Dec 6, 2010
Messages
16,414
Reaction score
1,050
Points
201
6190724302807088175_121.jpg


Ibu Sanusi sudah tiada, meninggal dunia di ICU HSB

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Ibu Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Meriam Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada pukul 9.40 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Pegawai Khas MB itu, Helmi Khalid di media sosialnya sebentar tadi.

“Bonda MB kita, Hajah Meriam Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” tulis beliau dalam hantaran itu.

Allahyarham Meriam ditidurkan sejak semalam selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dekat sini.

Muhammad Sanusi semalam memaklumkan ibunya yang dipercayai terkena serangan jantung dibawa ke Hospital Sik untuk melakukan pemeriksaan sebelum dipindahkan ke HSB pada kelmarin.- KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register