BTC USD 117,720 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Maut Ditikam Anak Sendiri Guna Gunting

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
455,470
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
455,470
Reaction score
37,638
Points
2,836
Awards
2

Ibu maut ditikam anak sendiri guna gunting​


15 Jun 2024 10:59pm


2691721.jpg

Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.


GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, di sini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang, Sabtu.

Menurutnya, polis yang menerima panggilan daripada abang suspek kemudiannya bergegas ke lokasi untuk siasatan.

"Polis berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati, anak sulung dan anak kedua menghubungi ibu mereka namun panggilan tidak dijawab.

"Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan ibu mereka telah meninggal dunia kerana ditikam oleh suspek," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Razlam menambah, suspek pernah mengugut untuk membunuh kesemua ahli keluarganya ketika mereka tinggal di Batu Maung.

"Difahamkan, mangsa hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat, manakala hari lain mangsa tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung.

“Suspek pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak di sini tahun lalu,” katanya lagi.

Razlam menambah, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


 
Sponsored Post

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.

"Polis berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati, anak sulung dan anak kedua menghubungi ibu mereka namun panggilan tidak dijawab.
 

Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari​


16 JUN 2024

2692050.jpg

Gambar kecil: Razlam


BALIK PULAU – Suspek yang menikam ibunya menggunakan gunting sehingga mati di sebuah pangsapuri di Relau direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis akan menjalankan soal siasat terhadap suspek untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Reman tujuh hari bermula hari ini.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada petang Sabtu, seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, di sini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.

Polis yang menerima panggilan daripada abang suspek kemudiannya bergegas ke lokasi untuk siasatan.

Polis kemudiannya berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di lokasi kejadian.

Suspek pernah mengugut untuk membunuh kesemua ahli keluarganya ketika mereka tinggal di Batu Maung.

Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 

Pengawal keselamatan didakwa bunuh ibu dirujuk ke hospital bahagia​


24 Jun 2024 12:19pm


2700461.jpg

Tertuduh diarahkan dirujuk ke hospital bahagia untuk pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan.


GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan diarahkan untuk menjalani pemantauan kesihatan mental selama sebulan sebelum didakwa atas pertuduhan membunuh ibunya dalam kejadian 15 Jun lalu.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan arahan itu terhadap tertuduh Soon Yong Aun di Mahkamah Majistret 3 di sini pada Isnin.

Beliau menetapkan keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini memohon agar tertuduh dirujuk ke hospital bahagia kerana didapati berada dalam keadaan tidak stabil.

Menurut Darrshini, berdasarkan rekod pada kad preskripsi, tertuduh perlu mengambil ubat terkawal iaitu untuk menstabilkan keadaan mentalnya.

2700466.jpg

Tertuduh akan menjalani pemantauan kesihatan mental selama sebulan sebelum dibawa semula ke mahkamah pada 24 Julai nanti untuk prosiding.


"Tiada tawaran jaminan diberikan terhadap tertuduh, bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dirujuk ke hospital bahagia untuk pemantauan kesihatan mental.

"Permohonan ini dibuat berdasarkan kad kuning hospital iaitu untuk janji temu tertuduh dengan doktor manakala kad merah adalag untuk rekod ubat terkawal yang diberikan doktor.

"Dengan itu, saya merujuk kepada Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah yang mana, sekiranya tertuduh disyaki tidak sempurna akal untuk prosiding, dia perlu dihantar ke hospital psikiatri," katanya.

Berdasarkan kepada hujah tersebut, Nadratun kemudiannya berkata, tertuduh didapati kurang stabil dan perlu menjalani pemantauan di hospital bahagia selama sebulan.

"Saya memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke hospital bahagia bermula 26 Jun ini selama sebulan," katanya.

Mengikut pertuduhan, Yong Aun didakwa telah membunuh Chua Ah Ting, 67 di sebuah rumah di Taman Alor Vista, Lebuh Relau pada jam 5.47 petang, 15 Jun lalu.

Oleh demikian, tertuduh yang berusia 40 tahun didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam mengaku faham setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes ditangguhkan sehingga 24 Julai untuk menunggu laporan perubatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh oleh anak bongsunya menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau dekat sini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah mental itu telah menghubungi abangnya sendiri untuk memaklumkan perbuatannya itu.

Polis yang menerima panggilan daripada abang suspek kemudiannya bergegas ke lokasi untuk siasatan lalu menahan suspek.

Suspek juga didakwa pernah mengugut untuk membunuh kesemua ahli keluarganya ketika mereka tinggal di Batu Maung.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register