BTC USD 47,304.6 Gold USD 1,751.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Maut Bersama Bayi 6 Bulan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,290
Reaction score
4,144
Points
236
27.07.2021 - Kluang, Seorang ibu dan bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Ladang CEP Simpang Renggam, petang hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Norashidah Zakaria, 35, dan anaknya, Azrah Hanan Muhammad Shahril meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muhammad Shahril Amran, 37, Manja Jaafar, 55, dan Mohd. Zul Shahri, 56. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota
telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro. Kereta Proton Wira tersebut dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang manakala Kereta Nissan Cefiro dari arah bertentangan. Terdapat dua mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan terdapat tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.​

1627394256619.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,290
Reaction score
4,144
Points
236
BBP RENGGAM

JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA

Alamat: Ladang Cep, Simpang Renggam
Tarikh/Masa: 27.07.2021 / 13:57:05

Maklumat Kejadian: Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira (WDU2742) dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro (JEP3669). Terdapat 2 mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan 2 orang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Nissan Cefiro dan 1 mangsa didalam kereta jenis Proton WIra. PKO bertindak membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas bomba iaitu hydraulic cutter. Mangsa yang tersepit telah diserahkan kepada pihak Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Setelah keadaan benar selamat anggota dan jentera bertolak balik ke balai.

Mangsa Nissan Cefiro:
1 Lelaki Dewasa - Cedera
1 Perempuan Dewasa - Cedera
1 Perempuan Dewasa - Meninggal Dunia
1 Bayi Perempuan - Meninggal Dunia

Mangsa Proton Wira:
1 Lelaki Dewasa - Cedera

Operasi tamat: 15:06:00

- JBPM JOHOR​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register