BTC USD 17,245.0 Gold USD 1,789.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Maut, Anak Parah Langgar Perodua Myvi Buat Pusingan U

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
04.10.2022 - Sungai Petani, Seorang wanita meninggal dunia manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang merempuh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini, semalam. Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, mangsa yang membonceng motosikal meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai. Kata beliau, Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U. Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.​

1664865521899.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Takziah
Patuhilah undang" jalanraya
Santunilah penunggang motorsikal
 
faeyzul

Active+ Member
Messages
3,145
Joined
Feb 2, 2010
Messages
3,145
Reaction score
292
Points
51
baru je kt kelantan putuih kaki sbb ni la, u-turn kt tpt xleh u-turn. menyenangkan diri tapi menyusahkan org lain..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
"Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U. Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemandu Myvi pergi buat Pusingan U kat tempat salah
Lepas tu tak sempat brek
Langgar bahagian depan kanan kereta
Mangsa tercampak laluan sebelah
Kena langgar dengan kereta lain
 
Video kejadian ..

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Kereta tu sempat elak, tapi kena jugak
 
Sponsored Post

Top
Log in Register