Ibu mangsa kemalangan maut tuntut keadilan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR 12 Jan. — Seorang ibu merayu kepada pihak berkuasa Malaysia dan Singapura agar menuntut pengadilan yang wajar atas kematian anak lelakinya dalam kes kemalangan langgar lari di Singapura bulan lepas.

Tong Ah Mooi, 59, seorang suri rumah dari Segambut di sini berkata, anaknya, Tong Kok Wai, 30, seorang Penduduk Tetap Singapura, cedera teruk pada bahagian otak.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada Hari Krismas lalu selepas keluarganya meminta doktor di Hospital Universiti Nasional (NUH) menghentikan bantuan mesin jangka hayat.

Bercakap pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini, Ah Mooi berkata, pemandu kereta berkenaan, yang didakwa saksi sebagai seorang diplomat Romania, harus bertanggungjawab atas kematian anaknya itu.

Dalam kejadian 15 Dis. lalu, kereta kepunyaan Kedutaan Romania di republik itu, melanggar tiga orang mangsa — Kok Wai, rakannya Bong Hwee Haw, 24 dan seorang pelajar, Muhammad Haris Abu Talib, 18, di persimpangan trafik di Bukit Panjang Road.

Hwee Haw cedera teruk di kepala dan masih dirawat di Hospital NUH manakala Muhammad Haris sudah pulang ke rumahnya.

"Sebaliknya, pemandu berkenaan menggunakan kekebalan diplomatiknya lalu meninggalkan Singapura tiga hari selepas kemalangan itu,” dakwanya. - Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register