Ibu letak hantaran tinggi halang kahwin

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
SAYA berumur 21 tahun dan teman lelaki berumur 35 tahun. Pada awalnya kami merancang melangsungkan pertunangan pada Disember 2009, tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kakak saya yang berumur 29 tahun untuk berkahwin.

Masalah saya sekarang, ibu meletakkan wang hantaran RM7,000 kepada bakal suami kakak dan ibu menyatakan akan meletakkan jumlah hantaran RM10,000 jika kekasih saya ingin berkahwin dengan saya.


Mungkin ibu tidak merestui hubungan kami. Sebab itu dia sengaja meletakkan wang hantaran tinggi supaya bakal tunang saya tidak mampu.


Saya tahu status kewangan kekasih saya yang tidak begitu kukuh kerana dia cuma bekerja sendiri.


Saya bertambah bimbang kerana kekasih saya pernah beritahu, kalau ibu saya meletakkan hantaran RM8,000 ke atas, mungkin dia tidak dapat berkahwin dengan saya. Kami saling menyintai. Apa harus kami lakukan untuk mempertahankan cinta kami yang terjalin sejak tujuh tahun lalu.


Mungkin ibu terlalu memandang harta benda, sedangkan kekasih saya bukan orang berada. Bantulah saya Dang Setia.



IZA Dang Setia


mendapati banyak perkataan ‘mungkin’ yang saudari gunakan untuk menceritakan masalah yang berlaku. Antaranya, mungkin ibu tidak merestui percintaan saudari, jika wang hantaran tinggi mungkin kekasih tidak mahu mengahwini saudari dan mungkin ibu saudari terlalu memandang harta benda.


Penggunaan perkataan ‘mungkin’ jelas menunjukkan saudari setakat ini hanya membuat andaian. Untuk menyelesaikan masalah, kita tidak boleh bertindak sekadar berasaskan andaian, sebaliknya perlu ada kepastian. Justeru, berusahalah untuk mencari kepastian terlebih dulu.


Bagi Dang Setia, masalah komunikasi menjadi antara faktor utama di dalam hal ini. Maksudnya, pada masa ini komunikasi antara saudari dengan ibu hanya sehala.


Saudari pula hanya membisu dan langsung tidak menyatakan pendapat, pendirian dan keperluan saudari. Mungkin ini berlaku disebabkan saudari takut atau terlalu hormat terhadap ibu.


Memang kita perlu takut dan hormat terhadap ibu kita, tapi itu tidak bermakna kita langsung tidak boleh menyuarakan pendirian kita. Ia boleh dilakukan tapi perlu dengan kaedah betul iaitu secara berhemah dan tidak menunjukkan penentangan.

Perkara ini penting, bak kata bijak pandai ia “bukan apa yang kita katakan tapi bagai mana kita mengatakannya.” Justeru, cari masa dan keadaan sesuai untuk berbincang perkara ini dengan lebih mendalam dengan ibu.


Berterus terang dengan ibu mengenai segala yang terbuku di dalam hati saudari kerana mungkin selama ini dia tidak memahami situasi sebenar.


Tujuh tahun bercinta bukan tempoh singkat dan pasti malang atau merugikan jika ia terpaksa berkubur hanya kerana jumlah wang hantaran.


Perlu juga Dang Setia nyatakan di sini tindakan menetapkan wang hantaran tinggi sehingga membebankan pasangan yang ingin berkahwin adalah perbuatan yang bertentangan dengan Islam.


Islam agama yang mudah dan bersesuaian dengan fitrah manusia dalam segala hal, termasuk dalam urusan perkahwinan. Jadi, jangan kita mewujudkan peraturan yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi jika ia menimbulkan pelbagai masalah.


Bagaimanapun, agak kurang sesuai untuk saudari yang menyatakan perkara ini kepada ibu kerana besar kemungkinan dia akan tersinggung serta beranggapan saudari cuba mengajarnya. Oleh itu ada baiknya saudara minta kerjasama datuk atau nenek untuk menasihatkan ibu saudari dalam hal ini.


Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu. Mungkin dia tersilap dalam hal ini, namun Dang Setia yakin niatnya baik iaitu ingin melihat saudari hidup bahagia selepas berkahwin dan dia ingin pastikan saudari mendapat calon suami berwibawa.


Sesungguhnya tiada ibu atau bapa ingin melihat anak mereka derita. Akhir sekali, jangan lupa berdoa dan melakukan solat hajat memohon Allah SWT melembutkan hati ibu saudari supaya lebih memahami situasi sebenarnya.
 
Sponsored Post

angah83

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,121
Reaction score
84
Points
70
makcik oh makcik.. #:-S
 

magnetmati08

Active Member
Joined
Oct 3, 2008
Messages
1,218
Reaction score
4
Points
25
itulah MELAYU...dlm islam xde hantaran pun...ni la klu adat dh mendahului agama...esok jwb sendiri kat 'SANA'..
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
dah mmg mak dia sengaja la tu..dah tau bakal menantu xde duit..haha..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,116
Reaction score
1,075
Points
201
nak tanye soalan .. adakah keluarga pihak pompuan berkemampuan .... takut mereka pon tak mampu .. jadi terpaksa naikkan harga hantaran untuk caver perkahwinan pihak pompuan tu sendiri ... so adalah lagi bagus pompuan tu diskus sendiri gan mak nya
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
kalu siyes nak kat anak dia tu..pi la carik..10k jer...
 

fanlee

Legendary Member
Joined
Jul 31, 2008
Messages
14,022
Reaction score
12
Points
115
makcik nie nak jual anak kot
 

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
RM 10,000...
ada kawan saya pernah kena wang hantaran RM 10,000
berhutang le jawabnya
sekarang dah kawen dan bayar hutang setiap bulan
 

fanlee

Legendary Member
Joined
Jul 31, 2008
Messages
14,022
Reaction score
12
Points
115
tp 10k releven kot skang nie lembu 1.5k dah
 

fanlee

Legendary Member
Joined
Jul 31, 2008
Messages
14,022
Reaction score
12
Points
115
RM 10,000...
ada kawan saya pernah kena wang hantaran RM 10,000
berhutang le jawabnya
sekarang dah kawen dan bayar hutang setiap bulan
nie yg x best lepas kawin dok berhutang jer keje
 
Sponsored Post
Top
Log in Register