Ibu lari atas siling

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ALOR STAR: Sekumpulan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), yang cuba memecah pintu belakang sebuah premis gunting rambut di Pantai Cenang, Langkawi, dekat sini, dalam satu operasi mencegah maksiat, terperanjat apabila secara tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terjatuh dari atas siling premis berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, kanak-kanak perempuan itu dikatakan terpijak siling premis berkenaan ketika bersembunyi bersama ibunya berusia 33 tahun untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan pasangan bukan Islam.

Kejadian itu turut menyebabkan suasana cemas apabila wanita terbabit sanggup membahayakan nyawa dengan berlari di atas siling melintasi enam premis bangunan kedai dua tingkat itu bagi mengelak ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).

Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Langkawi untuk meminta bantuan kerana wanita itu boleh terjatuh bila-bila masa seterusnya mengancam nyawanya.

Sumber Padal berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 2.30 pagi berhubung kegiatan maksiat di salun rambut terbabit dan bergegas ke lokasi bersama empat anggotanya selain dibantu tiga anggota polis.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, pintu premis milik bukan Islam itu bertutup dan berkunci dari dalam tetapi pihaknya mengesyaki ada orang di dalamnya menyebabkan anggota penguat kuasa mengetuk berkali-kali.

“Kita turut memberitahu akan memecahkan pintu premis berkenaan jika tidak dibuka atau memberi kerjasama.

“Ketika itu, seorang lelaki bukan Islam yang dipercayai pasangan wanita itu yang berusia 29 tahun membuka pintu dan meminta pihak berkuasa menunjukkan waran geledah dari polis atau mahkamah,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, pihaknya yang mendapatkan waran geledah dari Mahkamah Syariah Langkawi kira-kira sejam selepas itu kemudian mengepung bahagian depan dan belakang premis berkenaan.

Katanya, ketika cuba memecahkan pintu belakang premis itu, sekumpulan anggota penguat kuasa terkejut apabila seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari tingkat atas dan menangis ketakutan.

“Kami memujuk kanak-kanak itu membuka pintu belakang premis untuk memudahkan kami masuk dan dia menurut arahan kami.

“Selepas pintu dibuka, anggota kami membuat pemeriksaan di atas siling berkenaan dan mendapati terdapat tempat tidur serta televisyen dan kipas angin di atasnya.

“Siasatan mendapati, wanita itu dipercayai sudah lama tinggal di atas siling itu bersama pasangannya dan sanggup mengambil risiko bahaya untuk mengelak dari dicekup berkhalwat,” katanya.

Pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan dan lelaki bukan Islam itu dibebaskan dan akan dipanggil sebagai saksi ketika perbicaraan kelak.

Beliau berkata, wanita itu ditahan dan diambil keterangan di pejabat agama sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 
Sponsored Post

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,187
Reaction score
820
Points
176
jauhilah dadah.... anda mungkin ke tali gantung.... :D
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
aik stay atas sili9ng siap ada kipas n katil terer betul mereka nie
 

meezwan

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2009
Messages
683
Reaction score
1
Points
15
dunia..dunia..apa nak jadi la..
 

renxu

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2008
Messages
6,634
Reaction score
213
Points
73
giler terer depa neh..kreatif pon jugak..:))
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
soalan pertama:

bilakah ibu itu berlari atas syiling..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register