BTC USD 38,880.3 Gold USD 1,874.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu ditikam anak ketika sedang solat terawih

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,985
Reaction score
302
Points
51
1061792.jpg


KEPALA BATAS - Seorang lelaki ditahan selepas menikam ibunya menggunakan pisau di sebuah rumah di Taman Orkid Permai, di sini jam 10 malam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki yang memaklumkan ibunya ditikam abang kandungnya sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di rumah tersebut, polis terus menahan suspek berusia 29 tahun yang masih berada di lokasi kejadian.

"Suspek masih bujang dan tidak bekerja. Ujian saringan air kencing suspek positif dadah namun dia tiada rekod jenayah lampau.

"Kita merampas dua bilah pisau daripada suspek iaitu 31 dan 27 sentimeter panjang berhulu plastik warna hitam," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, mangsa yang berusia 56 tahun mengalami kecederaan di tangan kirinya ketika mengelak ditikam suspek.

"Dia stabil ketika dibawa ke Hospital Kepala Batas dan telah menerima10 jahitan pada kecederaannya itu. Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat tarawih bersama suaminya di ruang tamu sebelum didatangi suspek.

"Suspek tiba-tiba meluru keluar dari biliknya dengan memegang dua bilah pisau lalu menghala ke arah ibu dan bapanya. Bapanya sempat menolak suspek namun pisau tersebut terkena pada tangan ibunya," katanya.

Noorzainy berkata, dari keterangan mangsa, suspek mempunyai masalah mental sejak 2016 dan kini dalam rawatan.

"Suspek sudah lebih setahun berkurung di dalam bilik tanpa bercakap dengan sesiapa. Sebelum ini, suspek tidak pernah bertindak agresif terhadap ahli keluarganya.

"Suspek dihantar ke Hospital Jalan Perak di Georgetown untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.


== sinar harian
 
Sponsored Post

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Arggggg....dadah lagi!!

Tapi mak dia kata ..dia dah setahun berkurung dlm bilik tak cakap dgn sesapa?

habis tu dadah dpt dr mana?

Shopee? Lazada?
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,250
Reaction score
3,130
Points
201
News sampah..

Aku ingat kne tikam dan meninggal..

Kena tikam kat tangan..

doa banyak2 supaya anak lembut hati..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,398
Reaction score
2,388
Points
201
Sakit mental tu
Hospital yg bg dadah
Ubat psycho memang ada unsur syabu/meth 😅
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,446
Reaction score
2,041
Points
206
bahayo nih, kena hantar pusat pemulihan Islam yg sesuai.

den ado saudara belah bini, umor dh 30an tapi sbb awal 20an duduk kampung campur dgn budak2 hidu gam, otak jadi biul & asyik mintak duit kat makpak yg dh tuo pencen. Klu x dapek duit dio mengamuk rosakkan brg2 dlm rumah.

makpak mentua x tahan sbb sampai kereta pun dio pecahkan, last2 buek repot polis, kena tgkp & masuk jel setahun

blk umah elok jap pastu buek hal laie, masuk jel lg setahun, keluar pastu family hantar ke pusat rawatan Islam, dh setahun duduk situ dah pandai solat, poso, pandai berkebun & ngaji kitab & solat tahajud

ok lah...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,842
Reaction score
1,306
Points
201
adoi kes naya betoi.. dah lah xleh sabit kesalahan.. harap ibu suspek selamat..
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Sakit mental tu
Hospital yg bg dadah
Ubat psycho memang ada unsur syabu/meth 😅


Ooo ...
Biasa depa bagi ubat apa, dadah jenis apa?
( kalau sakit..mental bagi apa?.Dr bagi Morphine satu botol besar utk saya bawa balik haritu..iring pesakit tenat.
Tapi..tak pakai pun. Pesakit meninggal.)

Tapi org mental ni dengarnya kadang bagi dadah pun tak lut. :)

Pernah jadi kat hospital anak saya cerita...bagi dadah berapa dos utk bagi dia tido..dia masih boleh lawan..sampai terketar2 tak tidur juga..duk cakap falsafah alam!
Last dia dpt idea falsafah alam hazama dlm telemovie dgn mawi tu...lupa tah apa tajuk dia...
aak saya kata kat dia...."malam..alam suruh tidur"
Terus dia pejam mata...lena terus...haha..

Dahsyat org pyco ni..boleh jadi " mind over matter " ooo..benda tak ujud pun boleh materialize!
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,201
Reaction score
690
Points
121
Sakit mental dulu atau ketagih dadah dulu?
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,674
Reaction score
1,598
Points
201
Arggggg....dadah lagi!!

Tapi mak dia kata ..dia dah setahun berkurung dlm bilik tak cakap dgn sesapa?

habis tu dadah dpt dr mana?

Shopee? Lazada?
Bkn masa di tengah ambik....nie kesan jangka panjang pengambilan dadah....dh kacau mental....last sekali kemuncak la smp tikam....jauhi dadah...anda mampu mengubahnya
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,772
Reaction score
1,850
Points
201
Dadah.. gam.. klu leh buat jadi kaya.. jadi bijak.. logik la gak org amik.. ni jadi sampah gak di pilihnya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register