BTC USD 58,835.7 Gold USD 1,796.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu dan anak perempuan merompak dihukum penjara

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
8526231.jpg


KOTA BHARU – Pasangan ibu dan anak yang merompak seorang tukang jahit pada 1 Disember lalu, menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas hukuman penjara lima dan enam tahun dijatuhkan terhadap mereka.

Perkarangan mahkamah bertambah hiba apabila tertuduh, Che Rosnani Mohd Rawi, 47, dan Shazrina Shariz Kamaruzaman, 29, dari Melor, di sini, dibenarkan polis bertemu dan memeluk erat anak masing-masing sejurus selepas hukuman dijatuhkan.

Kedua-duanya ditahan empat hari selepas merompak barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik pengadu, Asmah Ibrahim, 41, yang keseluruhannya bernilai RM20,000 di rumah tumpangan di Tingkat 1, Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada 1 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Asmah yang berada di kedai jahitnya didatangi Shazrina yang memperkenalkan diri sebagai ‘Juriah’ lalu mengajaknya ke rumah tumpangan terbabit untuk mengukur tingkap dan pintu bilik, kononnya untuk membuat tempahan langsir.

Mengikut fakta fail kes, semasa membuat ukuran, Shazrina yang sentiasa mengekori Asmah menyemburkan sesuatu ke dalam mata tukang jahit itu, menyebabkannya pedih serta tidak dapat melihat.

Apabila Asmah melawan, mulutnya disumbat kain, tangan diikat dan diseret ke dalam tandas lalu kepalanya ditutup dengan selimut dan baldi.

Pada masa sama, kedua-dua tertuduh menanggalkan barang kemas di badan pengadu, melarikan wang tunai dan telefon bimbit mangsa.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini.

Semasa prosiding semalam, Shazrina merayu mahkamah meringankan hukuman kerana dua anaknya menghidap penyakit kronik.

“Saya terdesak, suami di pusat pemulihan, saya susah, anak keempat sakit jantung dan anak bongsu, enam bulan disahkan ada masalah penglihatan dan saya masih menyusu badan pada anak itu,” katanya.

Manakala ibu kandungnya, Che Rosnani turut merayu perkara sama di hadapan Hakim, Dasuki Ali.

“Saya lakukan semua itu untuk bayar hutang dan suami hanya buruh, saya ada sembilan anak, saya insaf. Ini kesalahan pertama dan saya tidak akan ulang lagi,” katanya.

Hakim memerintahkan mereka menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu 5 dan 6 Disember lalu.
 
Sponsored Post

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
anak beranak..dah kene hukuman baru nak nangis..ni semua laki dia punya pasal..bengong punya laki..
 

terunesepi

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
4,105
Reaction score
63
Points
30
hakim pun agak2 lah nak jatuhkan hukuman ..apa ke hal sampai 11 tahun penjara........
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
baitulmal tak cari orang miskin.
orang mistin tak tau yg dorang leh minta bantuan kat situ.
baitulmal mesti dihukum sama.
 

zeal_tech

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,890
Reaction score
11
Points
65
ish2...kesempitan hidup leh akibatkan benda2 pelik berlaku ek...erm..
 

geesya

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2009
Messages
7,456
Reaction score
243
Points
73
semoga mereka mendapat hidayah allah taala
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register