BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Chef Wan meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
Ibu Chef Wan meninggal dunia
FB_IMG_1673490830199.jpg


KUALA LUMPUR : Noraini Abdullah, iaitu ibu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 6.20 pagi tadi.

Allahyarham Noraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.

"Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan saya sudah pun meninggal dunia dengan tenang pada jam 6.20 pagi sewaktu dalam tidur.

"Semoga roh ibu dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti," kata Che Wan melalui hantaran di Instagram (IG).

Chef Wan memberitahu, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Dalam entri berkenaan, Chef Wan berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat ibunya.

#beritaharian
 
Back
Top
Log in Register