BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu cemas bayi diculik 5 jam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_02.1.jpg

BAYI lelaki yang hilang lima jam dijumpai seorang peniaga wanita di sebuah tandas di medan selera di Yong Peng, Batu Pahat kelmarin.

MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun.

Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona ke rumah mangsa di Jalan Bakariah di sini dan memberitahu mahu menghantar kotak kononnya berisi ikan yang dipesan bapa mertuanya.

Tanpa rasa curiga, wanita itu terus membuka pintu pagar rumahnya lalu mempelawa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun, sebaik berada di dalam rumah, lelaki itu terus menolak wanita itu menuju ke dapur rumah.

Suspek kemudian bertindak mengikat kedua-dua belah tangan dan mata wanita itu sebelum membawa lari anak lelaki bongsu mangsa yang berusia setahun.

Bagaimanapun, dua lagi anak mangsa tidak diapa-apakan. Semasa kejadian, suami wanita tersebut tiada di rumah kerana bekerja.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
culik pastu lepaskan..apa agaknya motif lelaki tu ekk..
 
ni kes apa plak nih...ksian bdak tu kecik lg...
 
letak kt luar rumah jer kn boleh...

tp...benda nk jadi kn...mcm2 hal ...

pengajaran buat semua..insyaallah..
 
kenapa hanya untuk 5 jam?
dia buat apa??
 
apa motif dia? saja2 nk test power ke ape?
 
dengar kat radio tadi
dia larikan 5 jam je sbb cepat berita tersebarcepat, sampai ke hp dia (penculik) pun dpt sms berita penculikan tu.. so dia tinggalkan balik la lari..

motif apa tu dia dah target anak pmpn ni ke
 
nak jual tp xde buyer kot

heran gak sbb sepatutnya buyer sentiasa ada
 
Back
Top
Log in Register