Ibu bingung MyKad miliki tarikh luput

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SELAYANG – Menghadapi kehidupan sukar berikutan MyKadnya mempunyai tarikh luput, seorang ibu kini gelisah dengan masa depan yang bakal dihadapinya.

Gara-gara dokumen yang tamat tempoh sejak tiga tahun lalu, segala urusan harian memerlukan MyKad itu terbantut, malah dia dianggap seperti pendatang asing.

Nor Alang Menre, 29, berkata, detik malang hidupnya itu bermula selepas arahan kerajaan supaya penduduk di negara ini menukar kad pengenalan lama kepada ‘MyKad’ beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, saya telah mempunyai kad pengenalan, tetapi tidak pula mem- punyai tarikh luput. Tetapi apabila ditukar kepada ‘MyKad’ pada 2004, tarikh luput tamat tempoh hingga 1 Mac 2006 telah diletakkan dalam kad pengenalan baru saya.

“Selepas itu, saya telah berurusan sehingga 30 kali ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merayu supaya mendapat warganegara atau sekurangnya penduduk tetap, akhirnya MyKad saya itu tidak dapat diperbaharui sehingga hari ini,” katanya kepada Sinar Harian dalam pertemuan di sini.

Mengulas alasan diberikan JPN, menurutnya dia perlu menunjukkan sama ada mempunyai salah satu dokumen ibu atau bapanya sebagai penduduk asal atau tetap di negara ini, untuk memperbaharui MyKadnya.

Nor Alang berkata, bagaimanapun dia tidak dapat menunjukkan dokumen diminta berikutan hanya mempunyai pasport bapa yang telah meninggal dunia pada 1989.

“Bapa saya telah berhijrah dari Indonesia ke Sabah pada 1972. Saya percaya, kalau dia masih hidup mungkin sudah boleh dapat taraf penduduk tetap.

“Manakala ibu saya memang tidak dapat dikesan selepas balik semula ke Indonesia selepas bapa meninggal. Selepas itu, saya dipelihara bapa saudara di Sabah yang mempunyai taraf warganegara,” katanya.

Menurut Nor Alang, apabila perkara itu dirujuk, berlaku ‘tolak-menolak’ antara pihak JPN kepada Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga katanya dia ‘lelah’ dengan birokrasi yang timbul.

Menurutnya, sehingga kini dia hilang arah untuk menyelesaikan masalah menyebabkan permohonan dan ‘statusnya’ kini masih menjadi tanda tanya.

Sementara itu, suami Nor Alang, seorang warganegara berasal dari Sabah, Surian Bidin, 33, berkata, dia khuatir masa depan isteri dan anak-anaknya jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Misalnya jika saya sakit, tidak boleh bekerja atau meninggal dunia, bagaimana nasib anak-anak saya dan isteri kerana dia tidak boleh bekerja kerana masalah ini.

“Sehingga kini, telah banyak kali dia cuba minta kerja, tetapi ditolak, sedangkan dia mahu membantu saya yang hanya mempunyai pendapatan kecil sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Menurut Surian, kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dimiliki isterinya mungkin boleh bekerja sebagai kerani, tetapi sering ditolak majikan.

Dia sekeluarga kini tinggal di Kajang bagaimanapun tiada masalah sama dengan anak-anak berumur dua dan empat tahun kerana kedua-duanya memiliki MyKad.

Suami isteri ini sering berulang-alik ke JPN di Putrajaya dan Kajang berharap, pihak berkenaan menunjukkan ‘laluan sebenar’ untuk menyelesaikan kemelut dihadapi.
 
Sponsored Post

Heart^BeE

Active Member
Joined
Nov 6, 2008
Messages
1,084
Reaction score
25
Points
30
kesiannye dia..sekurang2nye dpt penduduk tetap pn da ok..ape la nasib dia..huh
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
nie bole saman kerajaan nie~
saman teladan n malu n ganti n ape2 je ~
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Takkan laa rekod lama takde di JPN tu. Ni semua penyakit malas dan nak senang keje. Tak de langsung etika bekerja utk membantu. Jika tak boleh membantu lebih baik berhenti kerja
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,944
Reaction score
1,031
Points
201
Takkan laa rekod lama takde di JPN tu. Ni semua penyakit malas dan nak senang keje. Tak de langsung etika bekerja utk membantu. Jika tak boleh membantu lebih baik berhenti kerja
biasa la bro ... org kerajaan :))
 

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
betul ke ada tarikh luput??
cuba check ic masing2...
kat mana nk tgk tarikh luput nie???
ke dia ni ic merah??
 

keduraw

Fun Poster
Joined
Feb 24, 2009
Messages
892
Reaction score
3
Points
25
Nor Alang berkata, bagaimanapun dia tidak dapat menunjukkan dokumen diminta berikutan hanya mempunyai pasport bapa yang telah meninggal dunia pada 1989.

“Bapa saya telah berhijrah dari Indonesia ke Sabah pada 1972. Saya percaya, kalau dia masih hidup mungkin sudah boleh dapat taraf penduduk tetap.

“Manakala ibu saya memang tidak dapat dikesan selepas balik semula ke Indonesia selepas bapa meninggal. Selepas itu, saya dipelihara bapa saudara di Sabah yang mempunyai taraf warganegara,” katanya.
dah mak bapak indon nak buat cam mna.. kat sabah ic projek mmg jd masalah kepada penduduk sabah.. ni kantoi la ni.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
First time aku dengar MyKad ada tarikh luput
 
Sponsored Post
Top
Log in Register