BTC USD 66,517.5 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu bawa anak ditangkap khalwat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN - Isteri berpakaian sopan dengan berbaju kurung dan membawa anak kecil ditangkap khalwat.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai membawa bersama anaknya berumur tiga tahun untuk mengelabui mata pihak berkuasa agama tetapi gagal apabila dia ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel di pusat bandar ini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu, wanita yang masih bersuami dan memakai baju kurung sebelum menyuruh anaknya membuka pintu bilik semasa diketuk para pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


Wartawan Kosmo! yang turut menyertai serbuan itu mendapati, sebaik pintu bilik dibuka, para pegawai terbabit terus melakukan pemeriksaan dan menemui seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan dipercayai teman lelaki suspek bersembunyi di dalam tandas bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIP, Badarudin Ahmad Bustami berkata, pasangan itu merupakan satu daripada 12 pasangan yang ditahan dalam operasi besar-besaran cegah maksiat di sekitar pusat bandar ini sejak awal malam kelmarin.

Menurutnya, kebanyakan pasangan yang ditahan terdiri daripada golongan remaja termasuk pelajar sekolah.

"Mereka akan didakwa mengikut seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Nie emak apa brand nie. Nak bagi didikan seks pun sabaq ler tak kan sendiri nak jadi cikgu kot

:mad::mad::mad:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register