BTC USD 57,247.1 Gold USD 1,778.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu baru lepas bersalin dituduh edar dadah

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Dengan tangannya bergari sambil membawa bayinya yang berusia dua minggu, seorang wanita Myanmar hari ini dihadapkan ke
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana dituduh mengedar dadah dan boleh dihukum mati, jika disabit kesalahan.

Ketika menunggu prosiding bermula, bayi kepada Ambiga Mohamad, 37, yang tidak berselimut dan kulitnya kelihatan masih kemerahan, merengek beberapa kali, mungkin kerana tidak tahan kesejukan dalam mahkamah.

Tangisan bayi itu memecah kesunyian dalam bilik mahkamah yang lazimnya senyap menjelang bermulanya prosiding.

Ketika menunggu prosiding bermula, seorang anggota polis membuka gari di tangan Ambiga bagi membolehkan wanita itu memberikan bayinya susu botol, dan apabila pesuruhjaya kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz tiba 40 minit kemudian untuk memulakan kes, bayi itu telahpun tertidur.

Ketika ditahan April lepas, Ambiga sedang mengandung antara dua dan tiga bulan, dan dia melahirkan bayi itu di Penjara Kajang.

Ambiga didakwa bersama-sama suaminya Lim Siau Seng, 29, serta juga K Vigneswaran, 23, dan seorang lagi wanita Myanmar, Arafah Abu, 30, mengedar dadah heroin seberat 3,150 gram di kawasan letak kereta di Jalan Manis 6, berhadapan Maybank Taman Segar, Cheras, pada 5 petang 3 April lepas.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes itu dan mahkamah menetapkan 15 Jan tahun hadapan untuk sebut semula bagi mendapatkan laporan kimia.

Keempat-empat mereka diwakili peguam bela Nagarajan Peri, manakala pendakwaan dilakukan oleh timbalan pendakwa raya Mazelan Jamaludin. BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register