BTC USD 28,070.7 Gold USD 1,982.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu bapa tak puas hati anak mereka gagal peperiksaan akhir

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
image_4.jpg

Laporan muka depan akhbar Thinakural mengenai perang mulut antara pengurusan kolej dan ibu bapa ekoran pengumuman kegagalan 86 pelajar tahun akhir kejururawatan di sebuah kolej swasta.

Tindakan sebuah kolej swasta di ibu negara yang mengumumkan kegagalan 86 pelajar kursus kejururawatan tahun akhir baru-baru ini mengundang kemarahan ibu bapa pelajar terbabit.

Berikutan itu satu perjumpan khas antara pengurusan kolej serta ibu bapa telah telah berlangsung.

Malangnya kolej itu menjelaskan ia tidak boleh bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar berkenaan dengan mendakwa mereka gagal menepati peraturan standard dan syarat kelayakan yang ditetapkan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

Kesemua 86 pelajar berkenaan telah mengikuti program pengajian kejururawatan selama empat tahun dan lulus dalam semua peperiksaan pada setiap semester atau penggal, lapor akhbar Thinakural.

Namun, keputusan peperiksaan akhir itu mengejutkan pelbagai pihak khususnya ibu bapa pelajar yang kini mula mempersoalkan kredibiliti kolej tersebut.

Ibu bapa berkata, anak-anak mereka pada awalnya telah mengikuti kursus asas dengan yuran sebanyak RM10,400 pada tahun 2009 sebelum meneruskan pengajian ke prtingkat ijazah sarjana pada 2009 menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM80,000 seorang.

"Jika pengurusan kolej lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atas masalah ini, siapa mahu bertanggungjawab terhadap segala hutang pinjaman pendidikan anak-anak kami yang dibelanjakan untuk kursus kejururawatan," soal seorang bapa pelajar terbabit.

Dalam pada itu akhbar turut memetik kenyataan pengurusan kolej tersebut yang menasihatkan para ibu bapa yang terjejas supaya mengadakan perbincangan terus dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

"Tidak adil kepada kolej yang selama ini menguruskan segala hal ehwal pembelajaran program kejururawatan anak kami, tetapi kini bertindak seolah-olah lepas tangan ke atas insiden ini sambil meminta merujuk lembaga kejururawatan pula.

"Kami mahu pihak berkuasa termasuk Kementerian Pendidikan segera campur tangan dan bertindak secara adil bagi menyelesaikan masalah anak-anak kami demi masa depan mereka," keluh ibu bapa tersebut.


--malaysiagazette
 
Sponsored Post

cyborg

Active+ Member
Messages
4,576
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,576
Reaction score
101
Points
43
Ni kes xlulus ngan lembaga jurawat.. bukan xllulus exam degree kot...

Hati2 kalau nak amik nursing kat swasta... mmg xcukup kelyakan utk dpt approval dari lembaga... yg diploma sekalipon.. nursing ni byk amali.kalau keluar degree terus nak masuk keja susah rasanya

LEMBAGA JURURAWAT ni badan kerajaan ke ??

Kalau kerajaan memang patutlah. Standard mesti mau tinggi capai awan setanding dengan negara luar. Dah lulus baru boleh kerja kat spital Dubai.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register