Ibu Bapa Nabi Muhammad Masuk Neraka?Musyrik?

CG Sponsors




jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Apakah Bapa Nabi Ibrahim beriman atau kufur?
 
Sponsored Post

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,804
Reaction score
896
Points
121
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka bahwa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam”. (At Taubah, 9: 113)

Ayat ini diturunkan semasa Nabi Muhammad SAW memohon doa kepada Allah utk mengampunkan Abdul Mutalib

” Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” (Al-Qasas, 28:56)
adoyai..kisah aminah ni spt kisah ibunya nabi musa..aku rase ko kene byk lagi mencari kebenaran..ko rase ibu nabi musa ni kafir ke islam??..aku tetap mengatakan kedua2 ibu nabi tersebut ahli syurga..dan ko bertanya tentang bapa nabi ibrahim..aku kata wallahualam..cuma aku berpegang dr kitab yg aku pernah baca..nabi ibrahim berjaya dlm dakwah dia sehingga bapanya menerima agama tauhid..
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,522
Reaction score
1,074
Points
111
Pegangan saya berkaitan isu di atas adalah seperti berikut selepas membaca Al-Quran.

Keadaan di Makkah pada ketika datuk Nabi Muhammad yakni Abdul Muttalip masih hidup, terdapat 2 golongan manusia yang menetap di sana. Dua golongan itu adalah mereka yang menganut agama islam menurut syariat Nabi Ibrahim dan mereka orang-orang musyrik.

Orang musyrik adalah mereka yang mengakui Allah adalah tuhan TETAPI dalam masa yang sama mereka menyekutukan Allah dengan membuat berhala-berhala untuk sembahan mereka iaitu 'Latta', 'Uzza' dan 'Manat". Mereka ini menurut syaitan dan telunjuk hawa nafsu dengan mengatakan Allah mempunyai ANAK PEREMPUAN. Sedangkan pada ketika itu, mereka amat benci kepada anak perempuan sehingga sanggup membunuh hidup-hidup anak perempuan yang baru dilahirkan.

Saya berpegang bahawa Abdul Muttalip, Abdullah (ayah Nabi Muhammad), dan Aminah (ibu Nabi Muhammad) dalam golongan orang islam yang menurut syariat Nabi Ibrahim.

Pada ketika Muhammad belum lagi dilantik menjadi Rasul, Muhammad juga adalah orang islam seperti datuknya, ayahnya dan ibunya.

Pada ketika zaman gelap/jahilliyah ini, 2 golongan ini hidup bersama-sama, tetapi pegangan agama yang berbeza. Apabila berlaku perbalahan mengenai agama masing-masing, 2 golongan tersebut berdoa kepada Allah S.W.T supaya diutuskan mereka seorang Rasul untuk menunjuki mereka kearah JALAN YANG BENAR.

Asbab doa tersebut, sunnatullah pun berlaku. Allah memperkenankan doa tersebut dengan melantik Muhammad untuk menjadi Rasullullah. Apabila Nabi Muhammad mengisyhtiharkan dirinya adalah Pesuruh Allah (Self Proclaimed) dikhalayak ramai dihadapan orang-orang musyrik dan sebilangan kecil orang islam, ramai orang-orang musyrik tadi tetap ingkar dan mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang yang gila dan pelbagai tohmahan lagi. Pada saat itu, berlakulah penentangan mereka kepada Nabi Muhammad.

Selepas Nabi Muhammad menjalankan tugasnya sebagai seorang Rasul, syariat Nabi Ibrahim sedikit demi sedikit berubah dengan wahyu daripada Allah. Wahyu itu adalah Al-Quran.

Semua kisah ini diceritakan dalam Al-Quran untuk kita memahami pada ketika ini walaupun kejadian itu telah lama berlaku. Itulah kehebatan dan keistimewaan Al-Quran ini dan MUKJIZAT TERULUNG Nabi Muhammad.

Sekian.:)

Nota: Orang Musyrik adalah orang kafir.
 
Last edited:
Joined
Nov 19, 2016
Messages
716
Reaction score
69
Points
20
Benda camni tak petlu dibahaskan dlm forum. Sbb perlu ada ulamakbutk explanation
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
adoyai..kisah aminah ni spt kisah ibunya nabi musa..aku rase ko kene byk lagi mencari kebenaran..ko rase ibu nabi musa ni kafir ke islam??..aku tetap mengatakan kedua2 ibu nabi tersebut ahli syurga..dan ko bertanya tentang bapa nabi ibrahim..aku kata wallahualam..cuma aku berpegang dr kitab yg aku pernah baca..nabi ibrahim berjaya dlm dakwah dia sehingga bapanya menerima agama tauhid..
Sila baca surah Maryam 19:41-47 .. Agama kita perlu ditegakkan berdasarkan hujah yang sahih bukannya ceta rekaan para ilmuan agama...

Bila Al Quran atau hadith sahih dengan terang dan jelas menceritakan sesuatu maka kita wajib beriman dengannya ... x perlu nak reka sesuatu yang x der nas yang sahih ...
 

goldnproperty

Active Member
Joined
Nov 27, 2012
Messages
1,844
Reaction score
98
Points
30
Hebat belaka forumer cg ni. Prihatin sungguh bab masuk syurga neraka ni sampai nak tahu ibu bapa kpd Rasulullah s.a.w masuk syurga atau neraka. Aku tak sempat nak sibukkan diri pikir hal org lain masuk neraka atau syurga sbb aku sibuk mikir aku sendiri nak ke mana nanti.

Semoga aku tdk tergolong dlm golongan yg menyakiti Rasulullah s.a.w.
 

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,551
Reaction score
157
Points
43
Benda yang khilaf sebuk buat thread...takde benda lain..makin merosakkan umat Islam..harap TT memahami agama dengan mendalam..:)
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,804
Reaction score
896
Points
121
Sila baca surah Maryam 19:41-47 .. Agama kita perlu ditegakkan berdasarkan hujah yang sahih bukannya ceta rekaan para ilmuan agama...

Bila Al Quran atau hadith sahih dengan terang dan jelas menceritakan sesuatu maka kita wajib beriman dengannya ... x perlu nak reka sesuatu yang x der nas yang sahih ...
mana buktinya quran kata pada bapa nabi ibrahim tu spt tuhan kata ke firaun atau qarun??
atau quran kata pada ibrahim atas doa2 dia spt tuhan kata ke nabi nuh atas doa nabi nuh ke atas anaknya??

sebab tu aswj mengambil langkah selamat didunia dan akhirat..sebb masih ada khilaf ulama bab ni.. hanya wahabi je golongan yg kata ibubapa nabi s.a.w. masuk neraka..syiah yg sesat pun xkata bgtu..dan kami aswj juga menyatakan ibubapa nabi s.a.w itu beragama hanif/fitrah..sebab tu ko baca sebelom kelahiran nabi tu bagaimana dulu..
 

02047haf

Active+ Member
Joined
May 22, 2015
Messages
2,855
Reaction score
156
Points
48
Benda yang khilaf sebuk buat thread...takde benda lain..makin merosakkan umat Islam..harap TT memahami agama dengan mendalam..:)

Benar, ada khilaf dalam hal ni. Masalah yang sangat besar zaman laa ni bila ditimbulkan isu khilaf sebegini, ambil satu pendapat sahaja dan mengatakan itu adalah pendapat paling benar.

Bahaya sebab takut2 kita tak beradab dengan Rasulullah saw dan menyakiti Rasulullah saw.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register